“MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA” tema HKHM 2024
PUTRAJAYA, 5 Jun 2024 – Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024), Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan logo dan tema bagi sambutan HKHM 2024. Menurut Jabatan Penerangan (Japen), sambutan HKHM pada tahun ini mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya dengan tema baharu iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka. "Malaysia MADANI merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. Jiwa Merdeka pula menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif. Tema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif." kata Japen. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya serta sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di […]