trending_flat

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah aplikasi bernama MyResQ yang dipromosikan melalui video yang tular di aplikasi WhatsApp. Video berkenaan menunjukkan fungsi positif aplikasi MyResQ yang berupaya untuk mempercepatkan bantuan awal kepada mangsa serangan jantung oleh penyelamat berdekatan yang terdiri daripada orang awam berkemahiran. STATUS: BENARPENJELASAN: Aplikasi MyResQ (https://web.myresq.my/) merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar perubatan dengan tujuan untuk memberi bantuan kecemasan awal kepada mangsa serangan jantung mengejut (cardiac arrest) oleh penyelamat berdekatan. Sumber: https://ikram.org.my/aplikasi-myresq-bantuan-awal-mangsa-serangan-jantung/ Tambahan isi lain untuk menjelaskan aplikasi ini adalah: a. MyResQ mendaftarkan penyelamat sukarela dan mesin Automated External Defibrillators (AED)di kawasan umum.b. Ia dapat mengaktifkan panggilan bagi penyelamat berdekatan untuk datang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa serangan jantung.c. Tindakan ini juga akan mengurangkan tempoh tindak balas kecemasan yang diterima oleh mangsa sementara menunggu bantuan yang sepatutnya tiba oleh […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 4:32 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:32 pagi, 26 Julai 2024Koordinat: 7.6° Selatan 128.8° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.9Jarak: 441km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 143 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Qunut nazilah itu khusus sifatnya

Oleh Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, ibadah adalah ketaatan, ketundukan dan kepatuhan hamba kepada Pencipta. Ketaatan dan ketundukan itu pula disyariatkan dalam pelbagai bentuk dan kaedah pelaksanaan. Salah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT ialah dengan berdoa kepada-Nya. Doa ialah permohonan kita kepada Allah bertujuan meminta pertolongan, panduan, keampunan dan rahmat dari-Nya. Oleh itu, berdoa adalah terjemahan tanda tunduk dan bergantungnya manusia kepada Allah SWT. Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menjelaskan, insan yang berdoa kepada Allah ialah insan yang memperakui kebergantungan dan pengharapan kepada-Nya. Maka lebih banyak seseorang itu berdoa dan memohon kepada Allah, maka akan lebih tinggilah rasa kehambaannya. Di dalam Jami’ al-Tirmidzi, Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan berkenaan pesanan atau wasiat Rasulullah SAW kepadanya yang antaranya bermaksud: “Apabila kamu meminta, maka pintalah kepada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka pintalah pertolongan […]

trending_flat

SKINTIFIC Malaysia Melancarkan “Perfect Stay Velvet Matte Cushion” dan Umum Daiyan Trisha sebagai Duta Kosmetik Jenama.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA 25 Julai 2024 – Susulan kejayaannya yang memberangsangkan di Malaysia, SKINTIFIC teruja untuk mengumumkan pelancaran produk Perfect Stay Velvet Matte Cushion untuk mengakhiri penantian ramai. Produk kusyen yang inovatif ini bakal merevolusi industri solekan dengan liputannya yang sempurna serta manfaat tambahan pada kulit. Sehubungan itu, SKINTIFIC juga berbangga untuk memperkenalkan Daiyan Trisha sebagai duta kosmetik jenama bagi kategori produk solekannya. Berjaya menempa nama dalam tempoh yang singkat di rantau ini, SKINTIFIC merupakan jenama yang terlaris dalam kategori penjagaan kulit dan kosmetik di cawangan rakan-rakan runcit yang terkemuka seperti Watson dan Guardian, termasuk di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan juga TikTok. Produk solekan SKINTIFIC telah melakar pelbagai kejayaan di serata dunia. Produk-produk kusyennya mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik daripada para pelanggan dan juga selebriti. SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion yang popular misalnya telah menjadi teras […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation