trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Mindanao,  Filipina

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Mindanao,  Filipina pada pukul 10:13 pagi tadi. Walaupun gegaran dirasai di sekitar Sabah dan WP Labuan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:13 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 6.1° Utara 123.3° TimurLokasi: Mindanao,  FilipinaMagnitud: 6.6Jarak: 154km Tenggara dari Isabela City, FilipinaKedalaman: 632 km "Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan." kata MET Malaysia.

trending_flat

Papan tanda ‘1 Kampung 1 Pantun’ Melaka ditambah baik

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI AYER KEROH 11 Julai – Kerajan Negeri akan menambah baik pemasangan papan tanda 1 Kampung 1 Pantun seperti yang diperkenalkan sebelum ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan terdapat kawasan kampung yang telah membina struktur papan tanda pantun di pintu masuk kampung, namun ada juga yang hanya menggunakan kain rentang. Jelasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan diperkenalkan bagi menambah baik dan menyelaras pelaksanaan itu di setiap kampung. “Kita melihat kebanyakan SOP sebelum ini ada yang tidak diikuti kerana ada dalam kalangan mereka tidak mengetahui kaedah bagaimana untuk memastikan papan tanda ini boleh dilihat oleh masyarakat. “Justeru itu, kita akan menambah baik perkara ini tidak lama lagi bagi memastikan ia selaras di setiap kampung,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Sirih […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 5 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:00 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 5.6° Selatan 100.6° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 269km Barat Daya dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Kerajaan serius terhadap perlindungan data peribadi – Gobind

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 - Kerajaan telahpun hari ini membentangkan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pindaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius masalah ketirisan data peribadi. Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo di dalam sidang media di Parlimen hari ini, dalam tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, statistik jumlah aduan yang diterima menunjukkan trend peningkatan sebanyak 5.1% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Katanya sebanyak 322 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi telah diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP). Sebanyak 157 aduan telah diterima pada suku keempat tahun 2023 manakala 165 aduan diterima pada suku pertama tahun 2024. "Bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat dengan lebih ketara iaitu sebanyak 41% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Pada suku keempat tahun 2023, Pejabat Pesuruhjaya PDP telah menerima sebanyak 27 notifikasi pelanggaran […]

trending_flat

Seni & Kreatif Jambatan Perpaduan Rakyat Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Baru-baru ini kecoh laporan di media massa mengenai rumah banglo kepunyaan biduanita negara Sharifah Aini yang telah dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan premis bangunan pejabat. Malah menurut wakil syarikat pemaju tersebut, CK Tang beliau juga terkejut apabila mengetahui tentang pemilik asal rumah banglo tersebut dan melahirkan rasa kagum dengan reka bentuk asal rumah banglo itu. Sebenarnya perobohan sesuatu premis untuk pembangunan semula bukanlah sesuatu yang pelik, namun perkara ini mendapat perhatian media dan orang ramai kerana bekas pemiliknya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini, biduanita negara bersuara emas yang dikenali oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan peringkat umur, termasuklah wakil syarikat pemaju yang melahirkan rasa kagum dengan koleksi muzik yang ada di dalam banglo tersebut. Lagu-lagu beliau kekal evergreen dan karya dan legasi biduanita bersuara emas ini telah menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni. “Tepuk amai-amai.. belalang…“ Mungkin sebahagian besar […]

trending_flat

foodpanda Malaysia menawarkan kemudahan lebih berpatutandengan set menu pilihan ‘Meal For One’ daripada RM 11

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – foodpanda, salah satu platform penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Meal For One – pilihan hidangan solo baru dengan harga semua termasuk dan tiada perbelanjaan minimum. Ciri ini memperkenalkan kemudahan dan kemampuan lebih besar bagi pesanan tunggal, memperkenalkan set menu yang dipilih khas daripada lebih 2,000 restoran dengan jenama yang terkenal seperti Street Churros, Pizza Hut, KFC, The Chicken Rice Shop, Kenangan Coffee, serta kegemaran tempatan termasuk D’Laksa, Sate Kajang Haji Samuri, Ayam Penyet Best, Ali, Muthu & Ah Hock dan Original Penang Kayu Nasi Kandar. Selain direka untuk memenuhi keperluan makan solo, Meal For One juga berfungsi sebagai pesanan bebas dalam pesanan berkumpulan. Fungsi ini membolehkan pelanggan memesan dari restoran yang berbeza sebagai satu kumpulan. “Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dari pemakan solo untuk pilihan makanan yang mudah […]

trending_flat

Makluman produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:1. Nama Produk : Ailas Wild Rose Petal Face Cream Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri  2. Nama Produk : Desha Night Cream (Moisturizer) Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri  Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUALMerkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation