Panduan sunnah mendepani isu siasatan kematian
Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar, Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Siasatan kematian seringkali menjadi perhatian masyarakat. Semua pihak mahu terlibat dalam meluahkan amarah kepada suspek di media sosial, memberikan komentar dan kritikan kepada pihak polis dan mahkamah, malah membuat tuduhan dan tekaan serta menjatuhkan “hukuman” lebih awal. Antara kes inkues yang menjadi topik utama di dada media dan tular di laman sosial termasuklah kes kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun 2018. Pada tahun ini sahaja, terdapat beberapa siasatan kematian yang mendapat liputan luas seperti kes “Baby Syifaa” 15 bulan yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam buaian di pusat asuhan. Begitu juga dengan siasatan kematian anak syurga Zayn Rayyan Abdul Matiin, dan terkini, Nur Farah Kartini. Apakah sebenarnya etika kita sebagai orang awam dalam mendepani isu-isu siasatan kematian seperti ini? Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Buraidah bin al-Husaib, Nabi […]