trending_flat

Bakat-Bakat Muda akan memimpin Malaysia ke Era Kecemerlangan Teknologi dengan Asas yang Kukuh dalam Bidang Sains dan Teknologi

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Malaysia perlu membina kapasiti, keupayaan dan kecekapan generasi baharu, dimana ianya penting untuk memupuk mereka dari usia muda dengan asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi. Usaha ini akan membentuk mereka menjadi bakat yang mampu memimpin negara ke era kecemerlangan teknologi yang harmoni seiring dengan pembangunan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal berkata, “MOSTI memperjuangkan pelbagai inisiatif dan program yang direka untuk mengarusperdanakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Melalui usaha bersama, MOSTI berharap dapat menangani isu kekurangan minat dalam bidang berkaitan sains yang merupakan punca utama pendaftaran rendah dalam bidang STEM oleh 53.1% responden kajian Kesedaran Awam mengenai STI Malaysia 2022. Beliau ditemui semasa majlis pelepasan pemenang National Science Challenge (NSC) 2023 bagi lawatan sambil belajar mereka ke 8 th Belt dan Road […]

trending_flat

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 - Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan di Kuching Waterfront, Sarawak selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024. Ia dianjurkan menerusi kerjasama di antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kerajaan Negeri Sarawak. https://youtu.be/YsnNRpiJ0ds Menurut MOTAC, matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia yang dapat diraikan bersama komuniti setempat. Ianya sekali gus dapat melestarikan seni budaya tempatan serta memaparkan keunikan keistimewaan dan kepelbagaian seni budaya dan warisan Malaysia kepada umum. "Program ini juga berperanan menjadi salah satu daya tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa di sekitar yang akan turut menyumbang ke arah menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Ia yang julung kalinya diadakan ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan kegiatan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi di negeri Sarawak, khususnya di kawasan Bandaraya Kuching yang melibatkan […]

trending_flat

Dato’ Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 - Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Beliau yang merupakan anak jati negeri Sarawak pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal sebelum ini. Awang Bemee juga merupakan Penasihat undang-undang Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian serta pernah menyertai kursus dan lawatan sambil belajar di bawah naungan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di United Kingdom dan Australia. 

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) - Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna. Tema sambutan untuk tahun 2024 adalah “Food Safety : Prepare for the unexpected”, memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar. Sehubungan itu, melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memperkasakan kawalan keselamatan makanan di negara ini melalui pelbagai strategi dan intervensi. Ini termasuklah pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan makanan.  Salah […]

trending_flat

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai buli siber di Malaysia menunjukkan masalah ini semakin serius, terutama dalam kalangan remaja. Menurut kajian Ipsos, Malaysia berada di tempat kedua di Asia selepas India dalam isu buli siber dalam kalangan belia. Kajian tersebut melibatkan 20,793 responden dari seluruh dunia dan menunjukkan bahawa 23 peratus, atau 1 dari 4 ibu bapa di Malaysia melaporkan anak mereka pernah mengalami buli siber. Buli siber merujuk kepada tindakan mengganggu, mengancam, memalukan, atau menyakiti seseorang melalui penggunaan teknologi digital seperti media sosial, platform pesanan ringkas, e-mel, dan laman web. Tindakan buli siber boleh melibatkan pelbagai bentuk tindakan, seperti memberi komen menghina dan mengeji seseorang secara berterusan, menyebarkan khabar angin, menghantar mesej berunsur kebencian atau ancaman, dan menyebarkan gambar atau video yang memalukan tanpa izin. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang menjadi pembuli […]

trending_flat

Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang

SELANGOR, 22 Julai 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan pada tanah air. Di dalam satu hantaran di halaman X rasminya, Anwar turut menggesa agar semua kementerian, jabatan Kerajaan serta seluruh sektor swasta untuk meraikan sambutan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara. "Ini hanyalah tuntutan kecil ketimbang pengorbanan besar pejuang terdahulu. Mari kita menyatukan jiwa dan matlamat demi jati diri, maruah dan harga diri sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat."katanya. Terdahulu Anwar berkata kemerdekaan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang adalah hasil visi dan wawasan pemimpin terdahulu. Ia juga adalah hasil pengorbanan polis, tentera dan pejuang-pejuang kebangsaan yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi negara tercinta. "Rakyat ketika itu punyai kesedaran untuk berjuang. Mereka tidak punyai kepintaran, keilmuan, kepakaran mahupun kemahiran. Namun yang ada […]

trending_flat

PM rasmi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA, 21 Julai 2024 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berlangsung hari ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim Dengan kehadiran lebih 8,000 orang pengunjung, majlis yang berkonsepkan karnival rakyat itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta. Program tersebut dimeriahkan menerusi penganjuran Karnival Kita MADANI X HKHM 2024 dengan pengisian reruai Komuniti MADANI X NADI, RIUH X HKHM, perkhidmatan untuk rakyat, pameran daripada pelbagai agensi, jualan keusahawanan, persembahan patriotik, aktiviti interaktif kenegaraan serta demonstrasi pembuatan produk tempatan. Turut diadakan, program Permukiman Komuniti MADANI disertai hampir 2,500 orang peserta terdiri daripada ketua dan ahli Komuniti MADANI seluruh Semenanjung Malaysia bagi memperkasakan komuniti berkaitan inisiatif kerajaan serta penglibatan komuniti dalam menyemarakkan bulan kebangsaan. Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut melakukan pelepasan konvoi Kembara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation