trending_flat

Teroka Internet berkelajuan Ultra untuk tingkatkan Produktiviti, Kecekapan dan Inovasi

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 – Kementerian Digital menggesa individu, perniagaan, dan organisasi untuk meneroka kemungkinan luas Internet kelajuan ultra-tinggi. Berucap di pameran jalur lebar 10Gbps pertama Malaysia oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pengurusan keselamatan ViewQuest semalam, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata beliau ingin melihat lebih banyak kajian kes digital dari semua sektor dan industri, termasuk yang menggunakan Internet kelajuan ultra-tinggi. "Ini akan memberikan pandangan kepada orang ramai, dan pelabur potensi, tentang kemampuan kita," kata Gobind di acara yang dianjurkan oleh ViewQwest. "Sambungan kelajuan ultra-tinggi ini menunjukkan kemampuan canggih dan manfaat Internet 10Gbps. Ia juga merupakan bukti infrastruktur Internet Malaysia yang cepat dan boleh dipercayai, serta impak perubahan permainan terhadap masa depan digital Malaysia.” Beliau berkata, manfaat dan peluang sambungan kelajuan ultra-tinggi adalah banyak, kerana sambungan Internet yang cepat dan boleh dipercayai adalah tulang belakang untuk pembangunan ekonomi. "Internet […]

trending_flat

Membuang aplikasi malware tidak menjamin keselamatan sepenuhnya terhadap peranti

Oleh : JomCheck JomCheck menerima soalan daripada orang awam tentang tahap selamat memuat turun aplikasi kad kahwin dalam format fail APK. Menurut beliau, dia mendapati muncul aplikasi ‘pelik’ selepas memuat turun dan memasang (install) fail itu. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Beliau kemudiannya membuang (uninstall) aplikasi itu tanpa ada sebarang kesan terhadap peranti beliau. STATUS: BENARPENJELASAN: Membuang aplikasi malware merendahkan risiko terhadap peranti. Memuat turun dan memasang (install) aplikasi tidak dikenali dari sumber APK berpotensi menjadi pintu masuk sendiket penipu (scammer) ke peranti anda. Sumber: Norton (Syarikat pengeluar Anti Virus peranti)https://us.norton.com/blog/malware/how-to-remove-malware-from-android-phones#:~:text=Uninstall%20the%20suspicious%20app.,you%20think%20may%20be%20infected. Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/02/21/bahaya-muat-turun-aplikasi-apk-file-tidak-sah/ Tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Membuang (uninstall) peranti yang disuntik malware daripada peranti ada tidaklah membuang keseluruhan malware dari peranti anda.b. Namun ia akan menghalang daripada kerosakan terus berlaku kepada peranti atau meluaskan serangan kepada peranti-peranti […]

trending_flat

Buli siber boleh membunuh!

Oleh: Nur Nadhirah Mat Nawi, Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Malaysia sering kali di gambarkan dengan masyarakat yang berbilang kaum dan harmoni serta kaya dengan pelbagai adab, adat dan budaya. Namun begitu, dalam kalangan masyarakat hari ini masih wujud gejala membuli dan ini sangat merisaukan kerana ia boleh menjadi satu norma masyarakat kita hari ini. Gejala buli ini bukan sahaja berlaku dalam institusi pendidikan, di tempat kerja atau dalam kalangan ahli keluarga sahaja, tetapi ianya boleh berlaku dan dilihat semakin meruncing di alam maya atau siber. Nur Nadhirah Mat Nawi Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hari ini mangsa buli bukan sahaja dilihat melalui kecederaan fizikal semata-mata, tetapi kecederaan mental dan emosi terhadap mangsa semakin membimbangkan kerana pembuli hari ini turut menggunakan lidah serta tangan mereka untuk berkata-kata. Seringkali dipaparkan di media massa dan juga di dada-dada akhbar, ada […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 7:39 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:39 pagi, 17 Julai 2024Koordinat: 1.3° Utara 126.1° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.8Jarak: 103km Timur dari Bitung, Indonesia.Kedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan siri dialog bersama pemain industri sektor peruncitan hari ini. Ia adalah susulan dari arahan Perdana Menteri yang mahu supaya semua Kementerian mengadakan dialog untuk mendapatkan input bagi Belanjawan 2025. Siri dialog yang diadakan tersebut meliputi empat badan gabungan iaitu Malaysia Retailers Association (MRA), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Bumiputera Retailers Organization (BRO) dan Persatuan Pemborong Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) bertempat di Menara SSM, Kuala Lumpur. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, pelbagai perkara dibincangkan yang memberikan fokus kepada usaha merangsang pembangunan sektor peruncitan sekali gus meningkatkan sumbangan sektor ini terhadap pencapaian agenda Ekonomi Madani. Ia termasuk menangani isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh pemain industri sektor peruncitan dan komitmen mereka dalam agenda […]

trending_flat

MCMC siasat dua suspek hantar komen jelik

CYBERJAYA, 16 Julai 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa dua suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan bersifat provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform TikTok pada 9 Julai lepas. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua suspek telah dijalankan semalam setelah aduan diterima daripada orang awam. Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik kedua-dua suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan. Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada kedua-dua suspek mengikut prosedur yang ditetapkan." kata MCMC. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Seksyen tersebut melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, […]

trending_flat

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Bankuet Canseleri Kompleks Tun Abdul Razak UMPSA kampus Pekan, Pahang. Majlis tersebut telah berlansung pada 11 Julai lepas. MOU telah ditandatangani oleh Encik Khairuzamri M Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Yang Berbahagia Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah. "LPNM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memajukan industri nanas negara. Peningkatan permintaan nanas dalam dan luar negara memberikan satu cabaran kepada kami untuk memastikan industri nanas Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul dan memberikan impak yang baik kepada pengusaha, penjual dan pengguna akhir. Kerjasama ini membuka peluang besar bagi LPNM mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang penyelidikan dan teknologi pertanian. Melalui kerjasama ini, LPNM bakal […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation