trending_flat

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah RM2.5 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi membiayai pelaksanaan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi tahun ini. Daripada jumlah itu, RM2 juta untuk program pembangunan perniagaan dan RM500,000 untuk Tabung Pendidikan Angkasa. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyampaikan replika cek kepada Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam majlis ringkas sebelum Taklimat Kongres Koperasi Malaysia 2024 di Bilik Gerakan KUSKOP, di sini, hari ini. Ewon berkata, peruntukan sebanyak RM2 juta adalah untuk membantu koperasi mengembangkan perniagaan serta meningkatkan jaringan perniagaan. Selain itu katanya, dana itu juga bertujuan memasarkan produk secara dalam talian atau fizikal untuk pasaran domestik dan antarabangsa. “Saya berharap program pembangunan perniagaan koperasi melalui ANGKASA ini dapat membantu mendapatkan sijil halal dan program pembangunan lain seperti […]

trending_flat

Air Selangor Lantik Adam Saffian Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2024 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengumumkanpelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 15 Julai 2024. Adam menggantikan Ir. Abas Abdullah, yang berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dari 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2024. Ir. Abas kini meneruskan khidmatnya sebagai Pengarah/Ketua Operasi. Adam mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri perkhidmatan air dan utiliti. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif Aliran Ihsan Resources Berhad; Pengurus Besar, Projek Khas di MMC Corporation Berhad; dan Ketua Pegawai Kewangan Pengurusan Aset Air Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers. Sebelum menyertai Air Selangor, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Cukai Gunaan daripada University of New South Wales dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan […]

trending_flat

SIAB Holdings Berhad Welcomes New Executive Directors, Poised For Long-Term Growth

KUALA LUMPUR, 15 July 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” or the “Company”), an established player in Malaysia’s construction industry, is pleased to announce the appointment of Mr. Wong Yih Ming (“Mr. Wong”), the founder and Managing Director of Taghill Projects Sdn. Bhd. (“Taghill”) and Mr. Vincent Chu Yee Hong (“Mr. Vincent”), the Deputy Managing Director of Taghill, on 2 July 2024 and 15 July 2024 respectively, as the new Executive Directors of the Company, representing an important milestone for Siab on the addition to the Board of Directors. Mr. Wong, Mr. Vincent, and Mr. Yap Kek Siung (“Mr. Yap”), Executive Directors of Taghill, bring their wealth of experience and strong track records in the construction industry to the Company. They oversee and manage Taghill and Bimtech Solutions Sdn. Bhd. (“Bimtech”), a 60% owned subsidiary of Taghill. Among the notable construction projects under Taghill's portfolio are the Skyline Kuala Lumpur, The Cove in Melaka, D’Velada at Bukit Jalil, among […]

trending_flat

Ganjaran untuk atlet Melaka cemerlang di Sukma Sarawak

Oleh SALMAN HAMAT / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Julai – Atlet yang menyumbangkan pingat buat Melaka di pentas Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) Sarawak, Ogos depan bakal menerima ganjaran daripada Kerajaan Negeri. Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, bagi atlet menyumbang emas Kerajaan Negeri menyediakan ganjaran berjumlah RM5,000 sementara itu perak RM3,000 manakala gangsa RM1,500. “Ganjaran ini bertujuan untuk menghargai semangat, dedikasi dan kesungguhan atlet kita dalam apa juga sukan demi mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas Sukma. “Ganjaran berkenaan adalah untuk atlet bagi sukan individu, sementara itu jika bawah lima orang akan ada perkongsian manakala sukan berpasukan seperti bola sepak pula akan ada kadar tertentu. “Selain atlet kita juga tidak melupakan pengorbanan jurulatih yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam membantu atlet meraih pingat. Mereka ini juga akan menerima ganjaran mengikut nilai tertentu atas kecemerlangan […]

trending_flat

Nespresso Memperkenalkan ‘Unforgettable Mediterranean Summer

Koleksi baharu musim panas yang membangkitkan gaya hidup Mediterranean dengan perisa kopi edisi terhad, bungkusan yang bergaya, dan aksesori yang diwarnai dengan rona Pantone Nespresso melancarkan koleksi Unforgettable Mediterranean Summer dengan minuman kopi ais yang menyegarkan, menampilkan perisa edisi terhad baharu dan aksesori yang serba anggun. Lengkap dengan resipi menyelerakan yang berupaya menghilangkan dahaga pada hari yang panas, koleksi ini didatangkan dengan pilihan warna pembangkit semangat yang dipilih secara khusus dengan kerjasama Pantone, pakar warna global. Diinspirasikan oleh destinasi mewah seperti French Riviera, Kepulauan Greek dan Semenanjung Balkan, koleksi musim panas yang berwarna-warni ini direka untuk memberikan aroma, rasa serta gaya seperti sebuah percutian impian pada musim panas. Nespresso bekerjasama dengan Pantone Colour Institute untuk mencipta pilihan warna yang selari dengan bandar ikonik persisiran pantai Mediterranean, menampilkan warna cerah Mandarin Orange, di samping warna-warna lain seperti Habanero Gold, Muskmelon, Aquarelle […]

trending_flat

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai. Pada suatu ketika dahulu, hobi ini merupakan antara hobi yang paling digemari ramai dan popular, baik dalam kalangan orang dewasa mahu pun kanak-kanak dan remaja. Kini hanya segelintir sahaja bilangan mereka yang masih setia mengumpul dan menghargai setem. Affan Nasaruddin Senario ini sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat yang telah mengubah cara kita berkomunikasi. Dahulu kita perlu menulis surat untuk berkomunikasi dan mengambil masa sehingga beberapa hari untuk surat tersebut sampai ke penerima yang dikehendaki. Tetapi sekarang melalui emel sahaja sudah memadai, malah ianya jauh lebih mudah dan pantas kerana segalanya kini terletak di hujung jari. Kiriman kad ucapan perayaan, ucapan tahniah, dan ucapan ulang tahun kini menggantikan penghantaran surat, dan dihantar pula melalui mesej pesanan ringkas di platform WhatsApp atau Telegram. Maka tidak hairanlah sekiranya […]

trending_flat

Kes buli siber harus dipandang serius dan ditangani dengan segera – Gobind

PUTRAJAYA, 13 Julai 2024 - Menteri Digital, Gobind Singh Deo bersama-sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Undang-Undang dan Refomasi Institusi, Dato' Seri Azalina Othman, ketika mesyuarat Jemaah Menteri, membangkitkan perkara buli siber yang semakin meningkat. Kes Rajeswari Appham yang meninggal dunia baru-baru ini adalah satu-satunya kes sebegini. Menurut Gobind, beliau telah menegaskan bahawa tindakan tegas dan segera harus diambil di dalam kes-kes buli siber. "Dunia digital baharu memerlukan pendekatan baharu kepada cara kami berniaga, hidup dan belajar. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan bahawa Malaysia tidak tertinggal dalam perkembangan teknologi baru, usaha-usaha sedang diambil untuk melebarkan infrastruktur internet untuk membolehkan setiap lapisan masyarakat menggunakan dan menerima manfaat penuh teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan sebagainya. Banyak lagi platform digital baharu akan didirikan dan digunakan untuk memperkasakan perniagaan kita dan taraf kehidupan kita. Kami perlu memastikan bahawa platform yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation