trending_flat

Lebuh Jasin Selatan jimat masa, pacu ekonomi setempat

Oleh : Liana Sahabudin / MELAKA HARI INI JASIN 19 Ogos – Pembukaan Lebuh Jasin Selatan sepanjang 4.17 kilometer mampu memperkukuh jaringan pengangkutan di Negeri Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, rangkaian lebuh raya yang cekap dan sistematik itu sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Beliau berkata, kos pembinaan projek itu ditanggung Parkland Group sebanyak 84.46 peratus dan selebihnya mendapat kerjasama pihak Scientex. “Terdapat tiga akses utama ke Lebuh Jasin Selatan dan Jalan Jasin Selatan-Bukit Kajan ini. Akses pertama adalah melalui Tol Jasin, akses kedua melalui kawasan Asam Kumbang Bemban dan akses ketiga teletak di kawasan Bandar Jasin Bestari. “Lebuh raya ini dijangka dapat memendekkan jarak perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Jasin ke Bandar Jasin sebanyak 11.1 kilometer dengan purata masa tujuh minit berbanding 30 minit sebelum ini. “Terdapat satu lagi laluan […]

trending_flat

Dialog Belanjawan Kuskop bersama Pimpinan Gabungan Persatuan Penjaja, lebih 50 Isu dibangkitkan

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerima lebih 50 isu, cadangan dan pandangan yang disuarakan para penjaja dalam Dialog Belanjawan KUSKOP 2025 bersama para pemimpin gabungan persatuan penjaja, di sini, hari ini. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, antara isu itu ialah berkaitan keperluan dan masalah yang dihadapi para penjaja dan peniaga kecil-kecilan termasuk peniaga pasar malam. “Pimpinan penjaja telah membangkitkan banyak perkara bukan hanya terkait dengan cadangan belanjawan tetapi juga penambahbaikan inisiatif Kerajaan sedia ada serta isu-isu yang melibatkan Kementerian lain, Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan. Semua cadangan itu telahpun direkodkan untuk tindakan lanjut kementerian dan akan dimasukkan sebagai input kementerian dalam Belanjawan 2025,” katanya. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 KUSKOP bersama pimpinan gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan serta pengerusi-pengerusi di peringkat negeri, di sini, […]

trending_flat

JIM tumpaskan satu sindiket ejen haram

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 - Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram dalam satu Operasi Khas pada 15 Ogos 2024 hasil serbuan di 7 lokasi berbeza iaitu Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi di Kuala Lumpur, Sepang di Selangor dan Bandar Enstek di Negeri Sembilan. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Bin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Katanya, berdasarkan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya menahan 4 orang lelaki warganegara Malaysia yang mana 2 orang daripada mereka adalah dalang utama sindiket tersebut. "Penahanan juga melibatkan 2 orang perempuan warganegara China yang disyaki sebagai ahli sindiket. Turut ditahan 1 orang lelaki warganegara China yang dipercayai sebagai pelanggan kepada […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Samar

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Samar pada jam 11:39 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:Waktu Kejadian: 11:39 pagi, 19 Ogos 2024Koordinat: 13.0° Utara 124.8° TimurLokasi: SamarMagnitud: 5.3Jarak: 91km Timur dari Sorsogon City,FilipinaKedalaman: 102 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Menjaga keselamatan diri, keluarga sebahagian maqasid syariah

Oleh: Siti Aisyah Samudin Memelihara diri dan nyawa merupakan prinsip kedua terpenting mengikut urutan keutamaan dalam maqasid syariah selepas memelihara agama. Sebab itu, Islam melarang perbuatan membunuh, sama ada membunuh diri sendiri atau manusia lain bagi memelihara nyawa. Hukuman qisas, diyat atau kaffarah dikenakan bagi mereka yang telah melakukan pembunuhan terhadap manusia lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Malahan, langkah-langkah ke arah penjagaan diri dan nyawa adalah wajib diambil dalam usaha mencapai maqasid syariah. Begitu juga hubungannya dengan kes melibatkan orang hilang. Mutakhir ini, kes melibatkan orang hilang seakan menjadi musim resah yang melanda negara. Kekeliruan yang timbul berkenaan laporan orang hilang hanya dibenarkan dibuat selepas tempoh 24 jam menambahkan lagi kegusaran keluarga dan orang ramai. Ironinya, kenyataan bahawa aduan dan laporan selepas tempoh 24 jam hanyalah satu tanggapan dan sangkaan yang berlegar dalam masyarakat sahaja. Tiada prosedur […]

trending_flat

Institusi TVET Pahang lahir tenaga kerja mahir

KUANTAN, 18 Ogos 2024 – Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sabariah Saidan berkata, TVET memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pengangguran belia dengan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Dato Sabariah melawat booh pameran POLYCC “Ketika kita melangkah ke hadapan dengan projek-projek pelaburan dari dalam dan luar negeri Pahang seperti yang dirancang dalam Belanjawan Negeri Pahang 2024, graduan TVET akan menjadi tunjang utama dalam menjayakan inisiatif ini. Melalui usaha ini, kita beraspirasi untuk meningkatkan ekonomi negeri melepasi pertumbuhan pada tahun lepas, mencapai visi kesejahteraan bersama. Institusi TVET di negeri Pahang kini perlu lebih bersedia untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan untuk […]

trending_flat

‘Petanque shooting’ hadiahkan emas kelapan buat Melaka

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER KEROH 18 Ogos – ‘Petanque shooting’ lelaki menyumbang satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak semalam. Aksi cemerlang Khairul Amirul Zamrulhisham menerusi acara ‘Petanque shooting’, sekali gus menyumbang emas kelapan buat Melaka. Khairul Amirul pada acara terbabit meraih kutipan mata 37 menewaskan atlet dari Selangor yang meraih pingat Perak, Ayzek Hakimi Safingan yang mendapat 28 mata. Bagi kedudukan pingat setakat jam 1.38 petang semalam, Melaka berada di tangga keempat di belakang Sarawak; Wilayah Persekutuan dan Terengganu. Untuk keseluruhan, Melaka mendapat lapan pingat emas; lima pingat perak dan enam pingat gangsa menjadikan jumlah 19 pingat. Terdahulu, tujuh pingat emas buat Melaka berjaya dihadiahkan oleh kem Wushu negeri menerusi acara Nanquan (lelaki dan wanita); Daoshu (wanita); Gunshu (wanita); Nandao (lelaki dan wanita); Wushu Lelaki 60 kilogram (kg).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation