trending_flat

Siab Holdings Rekod Keuntungan Berturut-Turut Pada S2 TK2024

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam industri pembinaan Malaysia, mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (“S2 TK2024”), menandakan suku kedua yang menguntungkan berturut-turut. Syarikat mencapai keuntungan kasar RM2.55 juta, peningkatan ketara berbanding kerugian kasar RM3.04 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun sebelumnya (“S2 TK2023”). Bagi S2 TK2024, Siab mencatatkan hasil sebanyak RM38.26 juta, menurun daripada RM67.36 juta pada S2 TK2023. Pengurangan hasil sebahagian besarnya disebabkan oleh kurang projek yang sedang dijalankan berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya. Berbanding dengan pendapatan S1 TK2024 sebanyak RM26.26 juta, Syarikat mencapai peningkatan hasil yang kukuh sebanyak 45.7% pada suku kedua, didorong terutamanya oleh tahap aktiviti pembinaan yang lebih tinggi dalam projek yang sedang dijalankan. Projek pembinaan terkenal yang diperoleh baru-baru ini termasuk pembinaan kilang pemprosesan bernilai RM94.28 juta oleh Mahsuri Food Sdn. Bhd. dan […]

trending_flat

1,748 Graduan diraikan Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ke-52 Tahun 2024

IPOH, 26 Ogos 2024 - Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-52 yang berlangsung dari 26 - 30 Ogos 2024 meraikan 1,748 graduan dari 20 bidang yang telah menamatkan pengajian pada Sesi 2 2022/2023, Sesi 1 2023/2024 dan program Ijazah Sarjana Muda Sesi 1 2022/2023 melibatkan 1,671 orang di peringkat diploma, 63 orang untuk penerima di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 14 orang penerima sijil kemahiran khas. Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ke-52 disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad. Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-52 merupakan manifestasi kejayaan para graduan menamatkan pengajian masing-masing bersama-sama ibu bapa, ahli keluarga, sahabat handai serta para pensyarah yang tidak mengenal erti jemu mendidik dan mendoakan kejayaan para graduan. Politeknik Ungku Omar yang telah ditubuhkan sejak 2 Jun 1969, merupakan politeknik pertama ditubuhkan di Malaysia untuk melatih tenaga kerja […]

trending_flat

SANTUNI MADANI POLYCC : PSA Sumbang Katil Hospital Untuk Penduduk Kampung Bendang Siam

CHANGKAT JERING, 25 Ogos 2024 - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melalui Seeds@PSA telah menyerahkan dua buah katil hospital untuk kegunaan penduduk Kampung Bendang Siam menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (SANTUNI MADANI) POLYCC, di sini semalam. Pengarah PSA, Zainah Rujihan serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA Muhammad Faiz Abdullah menyerahkan katil tersebut kepada salah seorang penerima iaitu Hawa Muhammad, 72, yang menghidapi penyakit kencing manis dan dan lain-lain penyakit lain serta merupakan OKU pendengaran. Bagi penerima kedua pula merupakan ibu tunggal yang menghidapi radang sendi dan masalah paru-paru yang dikenali sebagai Habsah Syafie, 42. Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Gantang, Muhamad Fadzil Abd Mutalib, 46, berkata pihaknya sangat berterima kasih atas inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunti (JPPKK) dalam membantu komuniti Kampung Bendang Siam. "Kita sangat berterima kasih. Mereka pun memang dah lama […]

trending_flat

Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 26 Ogos 2024 – “Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan diberi penghargaan dan penghormatan sebegini, apa yang saya lakukan sebelum ini sudah menjadi tanggungjawab,” itu kata Tokoh Jabatan Penjara Malaysia, Husain Beladar. Husain, 87, adalah bekas Pengarah Pembangunan Penjara Malaysia yang juga individu bertanggungjawab atau ‘arkitek’ dalam membina beberapa fasiliti penjara termasuk bangunan ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, Selangor. Anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu berkhidmat bersama Jabatan Penjara selama 32 tahun sebelum bersara pada 1988. Dia berasa amat teruja apabila dimaklumkan akan diadakan Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia, Melaka. “Teruja bukan sebab apa, kerana menerusi pameran yang diatur ini secara tidak langsung dapat berkongsi dengan orang ramai mengenai sejarah penjara di Malaysia. “Jauh di sudut hati saya berasa amat hiba kerana sumbangan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 8:17 pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut  Waktu Kejadian: 8:17 pagi, 26 Ogos 2024Koordinat: 0.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.1Jarak: 115km Barat dari Ternate, IndonesiaKedalaman: 48 km

trending_flat

Syukuri nikmat beragama di Malaysia yang merdeka

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Saban pagi, apabila kita bangun dari tidur yang nyaman, pasti akan kedengaran suara bilal mengumandangkan azan di masjid dan surau di serata tempat. Laungan azan itu bersahutan serentak, mengikut takwim waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Apabila kita ke masjid menunaikan solat berjemaah, pelaksanaan ibadah solat ditunaikan seragam menurut mazhab Syafi’i sehingga dengan itu tidak timbul perselisihan akibat persoalan furu’ dalam ibadah. Dan seawal permulaan hari kita bersarapan tanpa rasa was-was mengetahui bahawa ada jaminan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan pada produk makanan. Jika tiba bulan Ramadan pula, kita akan berpuasa secara bersama dan serentak seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bahkan untuk menunaikan zakat, telah ditetapkan kadar yang tertentu dan ada pihak berautoriti yang kita percayai akan memanfaatkan kutipan zakat tersebut. Kadang kala di […]

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Tonga

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Tonga pada jam 7:29 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:29 pagi, 26 Ogos 2024Koordinat: 20.1° Selatan 174.7° BaratLokasi: Kepulauan TongaMagnitud: 6.8Jarak: 754km Timur dari Laucala,Fiji.Kedalaman: 93 km. “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation