trending_flat

Gempa bumi sederhana di Samar

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Samar pada jam 11:39 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:Waktu Kejadian: 11:39 pagi, 19 Ogos 2024Koordinat: 13.0° Utara 124.8° TimurLokasi: SamarMagnitud: 5.3Jarak: 91km Timur dari Sorsogon City,FilipinaKedalaman: 102 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Menjaga keselamatan diri, keluarga sebahagian maqasid syariah

Oleh: Siti Aisyah Samudin Memelihara diri dan nyawa merupakan prinsip kedua terpenting mengikut urutan keutamaan dalam maqasid syariah selepas memelihara agama. Sebab itu, Islam melarang perbuatan membunuh, sama ada membunuh diri sendiri atau manusia lain bagi memelihara nyawa. Hukuman qisas, diyat atau kaffarah dikenakan bagi mereka yang telah melakukan pembunuhan terhadap manusia lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Malahan, langkah-langkah ke arah penjagaan diri dan nyawa adalah wajib diambil dalam usaha mencapai maqasid syariah. Begitu juga hubungannya dengan kes melibatkan orang hilang. Mutakhir ini, kes melibatkan orang hilang seakan menjadi musim resah yang melanda negara. Kekeliruan yang timbul berkenaan laporan orang hilang hanya dibenarkan dibuat selepas tempoh 24 jam menambahkan lagi kegusaran keluarga dan orang ramai. Ironinya, kenyataan bahawa aduan dan laporan selepas tempoh 24 jam hanyalah satu tanggapan dan sangkaan yang berlegar dalam masyarakat sahaja. Tiada prosedur […]

trending_flat

Institusi TVET Pahang lahir tenaga kerja mahir

KUANTAN, 18 Ogos 2024 – Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sabariah Saidan berkata, TVET memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pengangguran belia dengan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Dato Sabariah melawat booh pameran POLYCC “Ketika kita melangkah ke hadapan dengan projek-projek pelaburan dari dalam dan luar negeri Pahang seperti yang dirancang dalam Belanjawan Negeri Pahang 2024, graduan TVET akan menjadi tunjang utama dalam menjayakan inisiatif ini. Melalui usaha ini, kita beraspirasi untuk meningkatkan ekonomi negeri melepasi pertumbuhan pada tahun lepas, mencapai visi kesejahteraan bersama. Institusi TVET di negeri Pahang kini perlu lebih bersedia untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan untuk […]

trending_flat

‘Petanque shooting’ hadiahkan emas kelapan buat Melaka

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER KEROH 18 Ogos – ‘Petanque shooting’ lelaki menyumbang satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak semalam. Aksi cemerlang Khairul Amirul Zamrulhisham menerusi acara ‘Petanque shooting’, sekali gus menyumbang emas kelapan buat Melaka. Khairul Amirul pada acara terbabit meraih kutipan mata 37 menewaskan atlet dari Selangor yang meraih pingat Perak, Ayzek Hakimi Safingan yang mendapat 28 mata. Bagi kedudukan pingat setakat jam 1.38 petang semalam, Melaka berada di tangga keempat di belakang Sarawak; Wilayah Persekutuan dan Terengganu. Untuk keseluruhan, Melaka mendapat lapan pingat emas; lima pingat perak dan enam pingat gangsa menjadikan jumlah 19 pingat. Terdahulu, tujuh pingat emas buat Melaka berjaya dihadiahkan oleh kem Wushu negeri menerusi acara Nanquan (lelaki dan wanita); Daoshu (wanita); Gunshu (wanita); Nandao (lelaki dan wanita); Wushu Lelaki 60 kilogram (kg).

trending_flat

PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Rakyat Terima Kesepakatan Kerajaan Perpaduan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 (Bernama) -- Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam, membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan itu sebagai penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan MADANI, selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. "Insya-Allah, kemenangan ini menjadi suntikan moral untuk Kerajaan MADANI tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke tingkat tertinggi." " katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Menerusi hantaran sama, Anwar juga mengucapkan tahniah kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, atau lebih dikenali sebagai 'Awie' atas kemenangan tersebut. PRK Nenggiri menyaksikan BN berjaya merampas semula kerusi DUN itu selepas Mohd Azmawi Fikri menang dengan […]

trending_flat

Bawa suara Melaka di pentas Forum dan Dialog Setahun Pencapaian Ekonomi Madani Zon Selatan 2024

Oleh : Salman Hamat / MELAKA HARI INI SKUDAI 18 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, membawa  suara, aspirasi dan hasrat Negeri Melaka pada Sesi Forum dan Dialog Setahun Pencapaian Ekonomi Madani Zon Selatan 2024 di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor semalam. Lebih bermakna apabila Ketua Menteri dijemput sebagai ahli panel pada sesi forum yang  turut menampilkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Besar  Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ab Rauf berkata, menyentuh ‘Ekonomi Madani’ dalam konteks Negeri Melaka, Kerajaan Negeri optimis mencadangkan satu inisiatif baharu dengan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan antara tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Katanya, koridor itu merupakan medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi antara ketiga-tiga negeri yang pastinya mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan, terutamanya yang melibatkan […]

trending_flat

Alam Flora edar tong sisa mudah alih baharu

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), anak syarikat kepada Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), hari ini telah mengedarkan 100 unit tong sisa mudah alih (MGB) bersaiz 120 liter kepada penduduk Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, bagi menggantikan tong-tong lama yang telah digunakan lebih daripada 10 tahun. Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Alam Flora untuk memperbaharui dan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di seluruh kawasan perkhidmatannya. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, turut hadir mengedarkan tong sisa baharu tersebut kepada penduduk yang terlibat. "Penglibatan beliau menzahirkan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup di kawasan perumahan, serta memberikan dorongan moral yang signifikan kepada komuniti setempat. Hadir sama, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Abd Karim Bin Salim." kata Alam Flora dalam satu siaran media yang diedarkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation