Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk negara mencapai 82%
KULAI, 7 September 2024 – Karnival Komunikasi 2024 yang membuka tirainya di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor pada 6 September 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hari ini. Karnival dua hari bertemakan "Literasi Komunikasi, Masa Depan Harmoni" mengetengahkan aspek komunikasi dan keterhubungan tanpa batasan bagi kesinambungan masa hadapan. Kredit : FB Karnival Komunikasi "Untuk makluman semua, objektif Karnival Komunikasi secara amnya adalah untuk mempromosikan jalur lebar dan ketersambungan yang telah dibangunkan untuk rakyat Malaysia melalui jalur lebar talian tetap dan juga jalur lebar talian mudah alih. Sebanyak 77 pemancar 5G telah dirancang dan kesemuanya telah beroperasi buat Parlimen Kulai daripada 927 tapak di keseluruhan Johor bagi memastikan rakyat menikmati sambungan internet yanglebih pantas, stabil, dan mampu menyokong keperluan teknologi masa hadapan." kata Teo di dalam ucapannya. Tambah Teo, sehingga Ogos 2024 capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk […]