EWON TERIMA KUNJUNGAN MENTERI KOPERASI, USAHA KECIL DAN MENENGAH INDONESIA

PUTRAJAYA, 24 September – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawat beliau dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Tenten Masduki di sini, hari ini. Pertemuan tersebut merupakan susulan pertemuan kedua-dua menteri di Jakarta pada tahun lalu. Kedua-dua menteri membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Ewon percaya pertemuan tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah sedia lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia. Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) ke-17 yang lepas. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan ketua-ketua agensi KUSKOP. KEMENTERIAN […]

trending_flat

KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI MENGUKUHKAN KERJASAMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGARA

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) di Putrajaya pada 23 September 2024. MEXCO-STI bermatlamat untuk menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan STI, pelaksanaan program serta mewujudkan perkongsian pintar untuk memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri. Pada mesyuarat MEXCO-STI kali ini, ahli-ahli telah membincangkan berkenaan Ketersediaan Teknologi, Kepakaran dan Model Perniagaan Bagi Industri Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri dengan melihat potensi untuk menjadi pemain global dalam industri REE daripada peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dengan membangunkan bakat dan teknologi yang sedia ada. Turut dibincangkan juga Konsortium Balai Cerap bersama Kerajaan Negeri yang akan dapat memperkasakan ilmu dan penyelidikan sains angkasa khususnya astronomi di Malaysia melalui pengoperasian fasiliti balai cerap yang lebih […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation