trending_flat

Tidak celik kewangan, Melayu muflis membimbangkan

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kaum Melayu merupakan penyumbang utama kepada kadar muflis tertinggi di Malaysia dengan 15,586 kes atau 57.92 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan antara tahun 2020 hingga Mac 2024. Di samping itu, kaum Cina mencatatkan 6,917 kes, iaitu 25.71%, manakala kaum India menyumbang 2,324 kes atau 8.64%. Data ini menunjukkan bahawa kaum Melayu mempunyai kadar kebankrapan tertinggi, diikuti oleh kaum Cina dan India sepanjang tempoh tersebut. Situasi ini amat membimbangkan dan faktor seperti celik kewangan yang rendah, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia telah dikenal pasti sebagai pemacu utama salah urus kewangan, pengumpulan hutang, dan akhirnya muflis. Kekurangan pengetahuan kewangan ini menjejaskan keupayaan individu untuk membuat keputusan mengenai simpanan, belanjawan dan pelaburan. Mereka daripada golongan berpendapatan rendah  sukar untuk memahami implikasi jangka panjang hutang. Ini termasuk kadar faedah tinggi pada […]

trending_flat

MONSHA’AT: 23 PERJANJIAN BERNILAI LEBIH DARIPADA SAR 580 JUTA DITANDATANGANI PADA HARI KE-3 BIBAN 2024

RIYADH, Arab Saudi, 11 Nov (Bernama) -- Pada hari ketiga Biban24 yang dianjurkan oleh Small and Medium Enterprises General Authority (Monsha'at) di bawah tema "A Global Destination for Opportunities," lebih 23 perjanjian telah ditandatangani bersama dengan beberapa pelancaran projek bernilai lebih daripada 580 juta SAR. Berlangsung di Riyadh Front Exhibition & Conference Center, Biban 2024 bertujuan memacu pertumbuhan dan pembangunan ekosistem keusahawanan Saudi, memupuk kerjasama dalam kalangan usahawan tempatan dan antarabangsa.Menekankan komitmennya untuk memajukan keusahawanan dalam sektor pelancongan Saudi, Tourism Development Fund (TDF) telah mengumumkan pemeteraian beberapa perjanjian penting dengan pelbagai institusi kewangan — termasuk Arab National Bank, Raedah Finance, Tawkeel Finance, Murabaha Marena, Al Jabr Finance, Taseer Arabia dan Manafea Finance — di Biban24.Selaras dengan Vision 2030, perjanjian ini menjurus sepenuhnya ke arah memperkukuh perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pelancongan dan menyokong projek yang menyumbang kepada pembangunan pelancongan tempatan.Menegaskan […]

trending_flat

PAHANG MEMPERKUKUH KEPIMPINAN DENGAN INOVASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL

GENTING HIGHLANDS, 11 Nov (Bernama) -- Pahang kini memperkukuh barisan kepimpinannya dalam sektor awam dengan pendekatan inovatif melalui Program Kepimpinan Inovatif & Transformasi Digital yang dilancarkan 6 November 2024. Program ini, hasil kolaborasi antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang di bawah inisiatif GovX Pahang 1st, memberi tumpuan kepada penerapan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri.Berlandaskan tema "Mengemudi Kepimpinan Masa Depan: Inovasi, Kecemerlangan Perkhidmatan, dan Transformasi Digital," program ini menyasarkan integrasi teknologi dalam kepimpinan untuk mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai kanan telah hadir, termasuk wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, dan beberapa agensi lain yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, YB Setiausaha Kerajaan Negeri […]

trending_flat

T15 dan si mahakaya

Oleh :Dr. Muhammad Ashraf Bin Khalid Baru-baru ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat, 18 Oktober di Dewan Rakyat. Dikhabarkan bahawa kerajaan telah menampung subsidi insentif dan bantuan mencecah 80 bilion ringgit pada tahun lalu. Justeru menjadi hasrat kerajaan untuk melaksanakan reformasi fiskal pada tahun hadapan antara lain melalui penyasaran subsidi petrol RON95, subsidi pendidikan dan subsidi kesihatan. David Coady dan pasukannya di IMF pada tahun 2010 mendedahkan bahawa lebih 40 peratus subsidi petrol dimanfaatkan golongan berpendapatan 20 peratus teratas di negara-negara pendapatan rendah dan membangun. Laporan kajian ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ pada tahun 2024 tulisan Dr. Mohammed Abdul Khalid, Dr. Zouhair Mohd Rosli dan Siti Nur Fatimahtul Maryam Abdul Halim yang dibiayai sepenuhnya oleh UNICEF dan UNFPA, juga menyebut “sebahagian besar subsidi bersifat regresif dan cenderung menguntungkan mereka yang […]

trending_flat

Dua permata pengajian Melayu dari Malaysia

Oleh Dr Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah dua tokoh yang membawa impak besar dalam dunia Pengajian Melayu di Malaysia dan Universiti Malaya khususnya, malah pengaruh mereka turut merentasi perbatasan Malaysia. Sumbangan dan pandangan mereka bukan sahaja mengubah landskap pendidikan tinggi Melayu di negara ini, tetapi juga membentuk cara masyarakat melihat dan memahami pengajian Melayu dalam kerangka yang lebih holistik dan mendalam. Sejarah tercipta pada 23 Oktober 2024 bersamaan 20 Rabiuawal 1446H yang lalu apabila Prof. al-Attas dimasyhurkan sebagai Profesor Diraja Terhormat. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan pelantikan tersebut di Istana Negara, turut hadir dalam majlis khas tersebut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Diraja Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri […]

trending_flat

Umat Islam perlu peka dan cakna ajaran Islam sebenar

Oleh: Rusli Abdul Roni Baru-baru ini heboh diperkatakan soal ajaran sesat yang dikaitkan dengan GISB. Antara salah satu fenomena yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan berterusan sehingga ke hari ini adalah kemunculan ajaran sesat. Fenomena ini bukan sahaja membawa kesan negatif kepada individu, malah kepada masyarakat dan umat Islam secara keseluruhan. Oleh itu, umat Islam perlu peka dan cakna terhadap ajaran Islam yang sebenar untuk memastikan keutuhan dan kesucian agama terus terpelihara. Walaupun isu ini bukanlah perkara baharu, malah telah wujud sejak zaman berzaman sejak zaman para nabi dan rasul lagi, namun mesti disedari bahawa ajaran sesat merupakan satu ancaman yang serius terhadap akidah umat Islam. Seperti kes Musailamah alkazzab dan lain-lain yang dicatatkan dalam sejarah Islam.  Ajaran sesat adalah penyimpangan daripada ajaran Islam yang sebenar dan seringkali menyesatkan pengikutnya melalui dakwaan yang menyeleweng daripada ajaran al-Quran dan […]

trending_flat

TRIO Lancar Produk Keselamatan Kediaman Pintar 360 Botslab di Malaysia, Memperkenalkan Penyelesaian AI Termaju kepada Pengguna Tempatan

Mentakrifkan semula Keselamatan Kediaman di Malaysia dengan AI Termaju dan Teknologi Pintar KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2024 – TRIO Sales & Services Sdn. Bhd. (“TRIO”), pengedar terkemuka bagi produk automotif dan keselamatan berkualiti tinggi di Malaysia secara rasminya telah melancarkan jenama Artificial Intelligence of Things (“AIoT”) yang terkenal 360 Botslab di bawah 360 Smart Life Groupdi pasaran Malaysia. Pelancaran itu mempamerkan inovasi terkini 360 Botslab dalam keselamatan kediaman pintar, yang menampilkan teknologi dipacu Kecerdasan Buatan (“AI”) yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan harian untuk isi rumah Malaysia. Rangkaian produk kediaman pintar yang inovatif yang luas, termasuk kamera dalaman dan luaran, kamera pemuka, loceng pintu video dan jam tangan kanak-kanak akan menyediakan pengguna Malaysia solusi keselamatan yang boleh dipercayai dan intuitif yang mudah disepadukan ke dalam kediaman mereka untuk keselamatan dan kemudahan yang dipertingkatkan. Kamera Keselamatan Botslab David Yap Chong […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation