trending_flat

Juara Olimpik dan Paralimpik Negara berangkat menunaikan Umrah bersama ikhlas.com

Keterangan gambar: Para jemaah Umrah Juara Dunia tajaan ikhlas.com bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Ikhlas Kamarudin dan Ketua Pegawai Pemasaran, Fara Hasan serta Mutawif, Ustaz Zeinal Abidin sebelum berangkat ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, Sepang. SEPANG, 5 November 2024 – Juara Olimpik dan Paralimpik Malaysia berangkat untuk melaksanakan ibadah Umrah menerusi itinerari yang diatur khas dengan tajaan penuh Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com). Mereka adalah sebahagian daripada 28 jemaah termasuk jurulatih, ahli keluarga dan kakitangan Majlis Sukan Negara sebagai sebahagian daripada kumpulan eksklusif Umrah Juara Dunia, yang merupakan inisiatif ikhlas.com sebagai penghargaan bagi meraikan pencapaian luar biasa wira-wira negara pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Wira-wira yang diraikan termasuk atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom; jaguh olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli dan lompat jauh para, Datuk Abdul Latif Romly. Pengerusi […]

trending_flat

TV ALHIJRAH GONDOL DUA ANUGERAH ATAS KECEMERLANGAN DALAM PENYIARAN ISLAM

TV AlHijrah baru-baru ini telah berjaya meraih dua anugerah yang mengiktiraf usaha dan dedikasinya dalam penyiaran kandungan Islam di Malaysia. Anugerah pertama adalah Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Kandungan Islam, anjuran Halal Development Corporation (HDC). Pengiktirafan ini membuktikan komitmen TV AlHijrah dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang selaras dengan prinsip Islam, sekaligus memperkukuhkan lagi peranan stesen ini sebagai peneraju media Islamik di Malaysia. Nadzariah menerima Anugerah World Islamic Excellence Award mewakil TVAH Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed, menyatakan kesyukurannya atas pengiktirafan yang diterima ini sambil menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama seluruh pasukan TV AlHijrah yang gigih berusaha untuk menghasilkan kandungan bermanfaat, mendidik dan memberi aspirasi kepada masyarakat. “Alhamdulillah, pengiktirafan ini adalah hasil usaha gigih setiap warga kerja TV AlHijrah yang ikhlas dan komited menyampaikan mesej Islam yang membawa kebaikan.  “Ia juga menjadi dorongan bagi kami untuk terus memperkayakan variasi kandungan Islamik dan memperbanyakkan lagi konten-konten halal yang boleh memberi manfaat kepada ummah,” katanya dalam ucapannya pada hari tersebut. Nadzariah turut berkongsi rasa bangga atas kemenangan TV AlHijrah […]

trending_flat

Shopee Superstar Awards 2024:Meraikan Pencapaian Terunggul E-Dagang di Malaysia

Menghargai Bakat E-Dagang Terunggul Malaysia dan Pertumbuhan Berasaskan Komuniti KUALA LUMPUR, 5 November 2024 - Shopee Superstar Awards 2024, yang berlangsung di The Agam Kuala Lumpur, meraikan pencapaian bakat cemerlang Malaysia dalam menyokong pertumbuhan e-dagang negara. Lebih daripada 500 hadirin, termasuk afiliasi utama Shopee dan peneraju industri, berkumpul untuk menghargai kreativiti dan semangat keusahawanan yang diserlahkan oleh para pemenang dalam memajukan pasaran digital Malaysia. Selebriti tempatan dan Duta Jenama Shopee, Dato Seri Vida dan Izzue Islam, turut mempersembahkan tarian Shopee 11.11 Jualan Hebat di pentas. Tahun ini, Shopee Superstar Awards mengiktiraf 116 individu cemerlang dalam 20 kategori, termasuk beberapa anugerah pilihan peminat yang dipilih melalui undian awam - menampilkan afiliasi terkemuka Malaysia dalam komuniti e-dagang. Anugerah berprestij baharu, ‘Kelab 5,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’ dan ‘Kelab 2,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’, mengiktiraf afiliasi yang berjaya membantu perniagaan tempatan mencapai nilai jualan sehingga  […]

UNITEN, MYSA JALIN MoU PACU INOVASI BERASASKAN TEKNOLOGI SATELIT

Meneroka Ruang Baharu dalam Penyelidikan dan Perkongsian Data Satelit Dari kiri: Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA, Nik Mazlina Nik Mustapha; KetuaPengarah MYSA, Gs. Haji Azlikamil Napiah; Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNITEN, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Zamri Yusoff. UNITEN, 30 Oktober 2024 - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menjalinkan kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa inovasi berasaskan teknologi satelit.   MoU itu dimetrai oleh Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Ketua Pengarah MYSA, Gs. Haji Azlikamil Napiah di UNITEN, kampus Putrajaya. Kolaborasi ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang telah dimulakan sejak tahun 2017. Fokus kerjasama ini, kini diperluas kepada perkongsian data satelit, penyelidikan kolaboratif, dan pembangunan kapasiti dalam sektor […]

trending_flat

Asya’irah sebagai pegangan akidah arus perdana umat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, soal keyakinan yang tepat lagi benar sangat penting bagi memastikan apa yang diyakini sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, persoalan tentang akidah telah dan akan terus dibincangkan oleh umat Islam. Antara polemik yang sering muncul adalah tentang kedudukan Asha’irah sebagai aliran akidah yang menjadi pegangan arus perdana umat Islam dari dulu sehingga kini. Mengapakah pegangan akidah perlu dinisbahkan kepada aliran tertentu? Mengapa Asha’irah dianggap sebagai pegangan akidah yang benar dan mewakili pegangan umum umat Islam. Dalam penulisan ini akan dijelaskan dua persoalan utama di atas. Namun sebelum dibincang lanjut berkenaan Asha’irah adalah penting untuk kita fahami maksud dan hakikat akidah terlebih dahulu. Secara bahasa, akidah berasal dari perkataan ‘aqada – ya’qidu yang bermakna ikatan. Dalam bahasa Arab, perkataan ini menunjukkan makna keteguhan, ketentuan, […]

trending_flat

BINTAI KINDEN PEROLEH KONTRAK RM61.2 JUTA SEBAGAI KONTRAKTOR UTAMA PROJEK PERUMAHAN DI MELAKA

Perolehan kontrak baharu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan dalam beberapa tahun kewangan akan datang PETALING JAYA, 4 NOVEMBER 2024 – Bintai Kinden Corporation Berhad ("BKCB" or the "Company"; Bursa: BINTAI, 6998), a mechanical and electrical (“M&E”) engineering services specialist, medical device manufacturer and facilities operator, is pleased to announce that its wholly-owned subsidiary, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. ("KBK"), telah dianugerahkan kontrak bernilai RM61.2 juta oleh N&T Asset Sdn. Bhd. ("N&T") untuk pembinaan projek perumahan komprehensif di Mukim Jasin, Daerah Jasin, Melaka. Perolehan ini mengukuhkan lagi portfolio Bintai Kinden dalam sektor pembinaan dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan dalam tempoh empat tahun kewangan akan datang. Di bawah kontrak utama ini, KBK akan bertindak sebagai kontraktor utama yang bertanggungjawab untuk keseluruhan skop projek, termasuk kerja-kerja asas, struktur, mekanikal dan elektrikal (“M&E”), serta pembangunan infrastruktur berdasarkan reka bentuk […]

trending_flat

Julang Semangat Perpaduan Komuniti dalam Acara Sukan dan Permainan

Oleh : Suraya Binti Ramli dan Nur Anisah Binti Mohd Isnin Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat SMK Kota Masai Pasir Gudang – SMK Kota Masai (SKOMAS) sekali lagi menzahirkan semangat perpaduan dan kecergasan fizikal melalui sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan dengan penuh kemeriahan.  Acara yang berlangsung di perkarangan sekolah ini berjaya mengumpulkan pelajar, guru,dan staf sekolah dalam pelbagai aktiviti sukan, memperkukuhkan semangat kesukanan dan hubungan antara warga sekolah.  Seramai lebih 700 peserta yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja SMK Kota Masai mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN)  yang berlangsung pada Sabtu lalu. Program anjuran Unit Kokurikulum dan Sukan itu diadakan bagi menyemarakkan lagi budaya ekosistem sukan dan rekreasi di kalangan warga sekolah. Penolong Kanan Kokurikulum, Yatiman Bin Kamsidin berkata, Hari Sukan Negara merupakan satu langkah kerajaan untuk membudayakan amalan hidup sihat dan meningkatkan perpaduan dalam masyarakat melalui pendekatan aktiviti sukan dan rekreasi. “Acara 5KM Brisk Walk kali ini menjadi spotlight dalam penganjuran HSN 2024 peringkat sekolah kali ini. Tidak hanya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation