Apa kita boleh buat untuk halang scammer?
Oleh Mohd Khairi Ismail Jenayah penipuan dalam talian di Malaysia mengalami kadar peningkatan serius, dengan jumlah kerugian yang amat mengejutkan. Sejak Januari hingga 22 September 2024, kerugian akibat jenayah komersial, termasuk penipuan dalam talian, telah mencecah RM1.78 bilion. Ini bermakna penipu atau scammer berjaya mengaut lebih daripada RM6 juta sehari, yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Fenomena ini menunjukkan betapa seriusnya masalah jenayah dalam talian di Malaysia, terutama melalui platform media sosial, yang kini menjadi alat utama bagi scammer untuk menipu mangsa. Masyarakat seharusnya diingatkan untuk lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap penipuan ini yang semakin berleluasa. Antara penipuan yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah penipuan menerusi panggilan telefon, yang sering dirujuk sebagai “Macau scams”. Dalam skim ini, penipu menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan, bank, atau pihak berkuasa untuk menuduh mangsa terlibat dalam […]