trending_flat

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKI) HARMONI 2024 UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Al-Bukhary International University berjaya merangkul gelaran Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’ di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) Harmoni 2024 KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Al Bukhary International University dinobatkan sebagai Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’, yang memaparkan mesej mendalam mengenai kepentingan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam berbuat baik antara satu sama lain. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM. Majlis ini turut dirasmikan oleh beliau dengan dihadiri oleh  YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM; YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS; dan YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pertandingan ini telah mendapat 125 penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Daripada jumlah itu, hanya […]

trending_flat

Jangan terjebak perjudian perhubungan dalam cinta ekspres

Oleh: Dr. Norsafatul Aznin binti A. Razak Dalam era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu cepat dan tergesa-gesa, yang kadangkala digelar sebagai “cinta ekspres.” Walaupun keghairahan dalam perasaan adalah sesuatu yang indah, keghairahan yang tidak disertai pemikiran mendalam boleh membawa risiko besar kepada perhubungan. Cinta yang terlalu cepat tanpa asas yang kukuh berpotensi memperjudikan kestabilan hubungan jangka panjang. Secara konsepnya, cinta ekspres ini sering dikaitkan dengan hubungan yang terjalin dengan terlalu cepat tanpa proses pengenalan diri yang mendalam antara pasangan. Dalam situasi ini, keputusan besar seperti perkahwinan atau komitmen serius sering dibuat berdasarkan emosi sementara atau analisis yang kurang mendalam. Faktor seperti media sosial, aplikasi temu janji, dan tekanan untuk “mengikut arus” sering mendorong individu untuk tergesa-gesa dalam memilih pasangan. Cinta ekspres sering kali mengabaikan elemen penting dalam perhubungan, seperti pemahaman terhadap nilai-nilai teras, […]

trending_flat

UM perkasa remaja cegah keciciran

Kesihatan mental remaja adalah salah satu aspek yang penting dalam perkembangan remaja, tanpa mengira latar belakang golongan remaja ini. Semuanya tidak terkecuali untuk diberi tumpuan. Remaja yang datang dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan, atau berada dalam persekitaran yang kurang menyokong, mungkin lebih mudah terdedah kepada tekanan hidup yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental mereka. Mereka mungkin memerlukan sokongan yang lebih kuat dalam pelbagai bentuk agar mereka lebih berdaya upaya untuk berkembang sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Pemerkasaan aspek kesihatan mental adalah amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengambil kira aspek latar belakang. Remaja yang kurang berkemampuan juga perlu mendapat akses kepada pelbagai bentuk perkhidmatan sokongan seperti psikologi dan kaunseling kerana mereka mungkin berhadapan dengan limitasi dalam akses kepada rawatan dan perkhidmatan sokongan kesejahteraan mental. Limitasi akses ini bukan hanya disebabkan oleh kewangan semata-mata, namun ia mungkin […]

trending_flat

MADANI: LEBIH DARIPADA SEKADAR AKRONIM

Oleh Arshad Hassni Malaysia Madani kini telah memasuki tahun keduanya sebagai sebuah visi yang bertujuan membina sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga berteraskan nilai dan akhlak. Dalam tempoh dua tahun ini, pelbagai langkah telah diambil untuk merealisasikan konsep ini, termasuk melalui pembaharuan dasar, peningkatan daya saing negara, serta komitmen terhadap tadbir urus yang baik. Namun, usaha ini tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan. Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, mempunyai tanggungjawab untuk merealisasikan nilai-nilai Madani. MADANI: Membina Peradaban, Bukan Sekadar Kemajuan Kebendaan Konsep Madani tidak tertumpu kepada pembangunan material semata-mata, tetapi juga kepada pembentukan masyarakat yang luhur dan beradab. Kemajuan fizikal seperti infrastruktur moden, pencakar langit, dan kemakmuran ekonomi adalah penting, tetapi ia tidak mencukupi jika nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak masyarakat semakin pudar. Sebagai contoh, Malaysia telah mencapai banyak kejayaan sejak merdeka, tetapi isu […]

trending_flat

Volkswagen Malaysia Umum Program Bantuan Banjir  

− Diskaun sehingga 30% alat ganti tulen untuk kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir −    Pemeriksaan kenderaan secara percuma di pusat-pusat servis sah − Dapatkan sokongan dan temu janji dengan lebih mudah menerusi aplikasi Volkswagen Cares KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini. Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, VPCM menawarkan diskaun sehingga 30% alat ganti tulen untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025. Diskaun tersebut boleh didapati di semua pusat servis sah Volkswagen di seluruh Malaysia.   Sebagai tambahan, VPCM ada menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi menilai tahap kerosakan akibat banjir dan mencadangkan pembaikan yang sewajarnya. Servis itu bertujuan menjamin keselamatan dan ketahanan semua kenderaan yang terjejas sebagai sebahagian daripada […]

trending_flat

Bahasa kebangsaan dan identiti negara

Oleh: Prof. Madya Dr. Salinah Jaafar Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Sewajarnyalah penggunaan bahasa Melayu diutamakan dalam setiap urusan dan juga setiap paparan yang berkaitan dengan maklumat negara ini. Sudah jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan ialah bahasa Melayu. Penamaan papan tanda di negara ini merupakan urusan rasmi yang terletak di bawah kelolaan kerajaan tempatan. Maka, demi menjaga identiti dan jati diri negara Malaysia, sewajarnyalah penulisan papan tanda mengutamakan bahasa Melayu. Namun begitu, penggunaan bahasa Melayu bersama bahasa lain yang sesuai seperti bahasa Inggeris bagi tujuan rujukan bukan penutur bahasa Melayu tidak dilarang, bahkan penggunaan dwibahasa, bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Inggeris penting bagi memudahkan penutur asing yang tidak tahu berbahasa Melayu memahami maklumat yang diberikan. Penulisan papan tanda, nama jalan, dan perkara-perkara yang sama […]

trending_flat

KUSKOP AKAN BEKERJASAMA DENGAN TIKTOK MALAYSIA BANTU USAHAWAN.

KOTA KINABALU, 1 Disember –  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempromosi dan memasarkan produk mereka secara dalam talian. Menterinya Datuk Ewon Benedick berharap kerjasama itu akan membantu memperkasa dan meningkatkan lagi jualan usahawan PMKS. “TEKUN Nasional iaitu agensi di bawah KUSKOP akan bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk membina satu Live Studio di TEKUN Sabah dan juga Sarawak bagi membolehkan usahawan kita memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian. “Ini adalah antara usaha kementerian membantu usahawan termasuk usahawan INSKEN untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara live dalam studio yang kita bangunkan kelak. “Mudah-mudahan pada Februari tahun depan kita dapat melancarkan studio TikTok di TEKUN yang pertama di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sabah 2024 di SICC […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation