trending_flat

Bagaimana AI akan mengubah dunia pekerjaan?

Oleh: Mohd Khairi Ismail Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membuka peluang baharu dalam pelbagai sektor di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Menurut laporan terkini, lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia dijangka terpengaruh oleh AI dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Perubahan ini memberikan pelbagai kebaikan tetapi juga menuntut persediaan yang rapi untuk menghadapinya. Imej yang dihasilkan oleh AI Grok di platform X Kecerdasan buatan (AI) membawa pelbagai manfaat besar kepada dunia pekerjaan di Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan produktiviti. Peningkatan produktiviti ini boleh berlaku kerana AI mampu melaksanakan tugas-tugas rutin dengan lebih pantas dan tepat berbanding manusia, ini menjadikannya alat yang sangat efektif dalam sektor seperti perkilangan, perkhidmatan kewangan, dan logistik. Automasi yang diterapkan oleh AI boleh mengurangkan masa yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu proses kerja sambil memastikan ketepatan dan konsistensi yang tinggi. Ia sekali gus membantu organisasi mengoptimumkan sumber dan […]

trending_flat

Tegakkan Kebebasan Berhimpun Secara Aman, Hak Berhimpun Dijamin Perlembagaan

Oleh : BERSIH dan SUHAKAM Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengecam kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, yang dijadual pada 25 Januari 2025 ini. Kami mengingatkan Ketua Polis Dang Wangi bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara serta hak berhimpun dan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Taktik menggunakan peruntukan-peruntukan kecil seperti tidak cukup pemakluman adalah taktik lapuk yang digunakan untuk mendekam suara rakyat daripada terus dilaungkan. Apatah lagi isu rasuah ini adalah isu besar yang masih membarah dalam negara. Tidak waras bagi pihak berkuasa yang cuba untuk menghalang himpunan aman ini dijalankan. Apakah sebenarnya yang ditakuti oleh penguasa? Adakah Ketua Polis Dang Wangi keluarkan kenyataan atas desakan mana-mana individu atau menteri dalam kerajaan atau […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation