Rejab kita
Menelusuri yang jitu, meluruskan yang keliru Oleh: Prof. Dr. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali Setiap kali menjelangnya bulan Rejab dan Syaaban, setiap kali itu berkemundang polemik sehingga mencetuskan ‘perang’ media dan beraneka persepsi mengenai keistimewaan dan kelebihan setiap amal ibadat di bulan tersebut. Wujud pandangan yang meyakini bahawa setiap amal ibadat di bulan mulia ini menjanjikan ganjaran pahala terbesar dan anugerah syurga terpuji sehingga mendorong setiap individu Muslim berlumba-lumba meraih pahala. Pun begitu, terdapat segelintir Muslim yang menolak, menafikan bahkan mengharamkan amalan dan keberkatan bulan tersebut. Sekalipun, Rasulullah SAW menegaskan bahawa Rejab merupakan salah satu bulan haram yang membawa maksud bulan suci dan mulia, namun ianya tidak mengurangkan perspektif tersebut dan semakin membarah. Pertikaian antara yang absah dan palsu berkaitan bulan Rejab yang semakin memasuki pertengahan bulan ini semakin tersebar sehingga yang absah dikategorikan sebagai salah dan yang palsu sebagai […]