trending_flat

Memutuskan kitaran keganasan sifat panas baran

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Baru-baru ini, kita digemparkan dengan satu insiden apabila seorang Orang Kurang Upaya (OKU) telah dimalukan, ditendang di bahagian kepala, dan dilemparkan mi goreng di khalayak ramai. Persoalan yang mungkin bermain di minda kita semua: di manakah akhlak, budi bahasa, belas dan empati mereka yang terlibat dalam mencemuh, mengaib dan memalukan individu tersebut? Walaupun individu tersebut mungkin hilang percaturan pada awalnya, namun adakah tendangan, cacian dan penghinaan itu mencerminkan nilai-nilai yang ingin diterapkan dalam jiwa? Di manakah nilai-nilai murni dan adab dalam perlakuan tersebut? Sikap yang ditunjukkan ini kemungkinan besar berpunca daripada emosi panas baran dan mudah hilang kawalan dalam sesuatu tindakan. Panas baran merujuk kepada sikap seseorang yang mudah marah dan melenting. Individu yang panas baran sering melafazkan tutur kata yang kasar dan menunjukkan tingkah laku agresif. Setiap hari, masyarakat […]

trending_flat

Solat manifestasi cinta sang hamba

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Bulan Rejab menyaksikan berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam, iaitu kisah Israk Mikraj. Ia menjadi titik tolak dalam kewajipan mendirikan solat secara sistematik sebanyak lima waktu sehari semalam. Asasnya, solat merupakan rutin harian seorang hamba bersama Allah SWT. Ia adalah masa untuk bersama bagi mengekspresikan rasa cinta dan kehambaan, berkomunikasi, memuji Allah SWT sebagai Tuhan bagi alam semesta, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, serta meletakkan pengharapan serta penggantungan diri kepadaNya. Dalam jiwa kehambaan, wujud rasa cinta yang mengasyikkan, dan dalam jiwa kekhalifahan wujud rasa rendah diri yang mendalam. Manusia sebagai hamba yang lemah sentiasa perlukan petunjuk dari Allah SWT. Jadi dalam ibadat solat juga, minimum 17 kali sehari umat Islam memohon petunjuk  jalan yang lurus, iaitu bukan jalan golongan yang dimurkai dan dibenci oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj merupakan kisah yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation