trending_flat

Tuduhan Hamzah fitnah jahat, tak berasas

KUALA LUMPUR : Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Madani menegaskan tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka terhadap institusi diraja adalah satu fitnah jahat dan tidak berasas. Dalam satu kenyataan, BBC berkata tuduhan itu juga adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Katanya, Anwar sebelum ini telah mengesahkan kewujudan titah Tuanku Sultan Pahang berkaitan tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menjelaskan titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan menegaskan bahawa urusan berkaitan titah addendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC), bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.  Katanya, menyatakan fakta yang benar tidak boleh dianggap sebagai penderhakaan. “Tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri.  “Ini adalah satu cubaan yang […]

trending_flat

DAPSY membantah pelaksanaan GST

Oleh: Lim Chun Weng Setiausaha DAPSY kebangsaan Lim Chun Weng dalam kenyataan yang bertarikh 5.02.2025 membantah cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menurut Lim, GST tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia buat waktu ini, jangan kenakan cukai kepada yang miskin. “Ya benar, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini merupakan sistem cukai yang lebih berkesan dan adil kerana tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada membayar cukai ini. Akan tetapi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini merupakan Regressive Tax di mana akan wujud keadaan di mana individu yang berpendapatan rendah akan membayar bahagian yang lebih besar berbanding dengan individu yang berpendapatan Tinggi, RM 100 dari golongan pendapatan rendah adalah lebih tinggi nilainya berbanding dengan yang berpendapatan tinggi. “Pendapatan rakyat Malaysia masih rendah. Untuk makluman semua, gaji median rakyat Malaysia pada waktu […]

trending_flat

RUU SKBBK dijangka dibentang di Mesyuarat Parlimen tahun ini

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata Rang Undang-Undang bagi melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada tahun ini. Beliau berkata secara prinsipnya mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melaksanakan SKBBK.  "RUU ini akan dibentang dan disegerakan. Diharap disokong semua ahli berhormat," katanya dalam pertanyaan-pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta KESUMA menyatakan mekanisme pelaksanaan SKBBK untuk melindungi individu terjejas dengan kemalangan di luar pekerjaan. Ketika menanyakan soalan itu, Wee juga meminta KESUMA menyatakan sejauh manakah skim itu dapat menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja susulan peningkatan aturan kerja anjal oleh majikan di Malaysia.  Sementara itu, Abdul Rahman berkata Kesuma melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi […]

trending_flat

Kos sara hidup: Apa solusinya?

Oleh: Mohd Khairi Ismail Kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh isi rumah untuk mengekalkan taraf hidup tertentu. Ia melibatkan perbelanjaan asas seperti makanan, perumahan, dan pengangkutan, serta kewajipan kewangan seperti pinjaman rumah dan kenderaan. Walaupun kos sara hidup berkait rapat dengan inflasi, kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaan yang ketara. Inflasi merujuk kepada kadar kenaikan harga sekumpulan barangan dan perkhidmatan tertentu, yang biasanya diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP). Sebaliknya, kos sara hidup merangkumi perbelanjaan menyeluruh isi rumah, yang berbeza mengikut faktor seperti pendapatan, lokasi, dan keperluan individu. Selain itu, persepsi masyarakat terhadap kos sara hidup sering dipengaruhi oleh dua jenis bias psikologi, iaitu bias kekerapan dan bias ingatan. Bias kekerapan berlaku apabila isi rumah lebih peka terhadap kenaikan harga barangan yang kerap dibeli, seperti makanan harian, sementara bias ingatan menyebabkan mereka lebih mudah mengingati kenaikan harga […]

trending_flat

Mesyuarat Peringkat Pegawai bincang hala tuju jenayah rentas sempadan

PUTRAJAYA: Mesyuarat Peringkat Pegawai membincangkan hal-hal umum berkaitan hala tuju jenayah rentas sempadan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata ini termasuk membincangkan isu-isu baharu dan berbangkit, cabaran pelaksanaan inisiatif serantau. "Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Peringkat Pegawai Mengenai Jenayah Rentas Sempadan - Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Jenayah Rentas Sempadan Kali Ketiga (3rd SOMTC WG on GTCM) di Johor Bahru, Malaysia. "Mesyuarat ini membincangkan hal-hal umum berkaitan hala tuju jenayah rentas sempadan, termasuk isu-isu baharu dan berbangkit, cabaran pelaksanaan inisiatif serantau," katanya di Facebook. Menurut KDN mesyuarat itu juga bagi pengukuhan koordinasi antara negara ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan secara menyeluruh.

trending_flat

Gempa bumi kuat di Halmahera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Halmahera, Indonesia pada jam 5:35 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:35 pagi, 4 Februari 2025Koordinat: 2.9° Utara 128.0° TimurLokasi: Halmahera, IndonesiaMagnitud: 6.1Jarak: 207km Tenggara dari Pulau Talaud, IndonesiaKedalaman: 97 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Malaysia ambil tindakan bebas dan berkecuali berdepan ketidaktentuan geopolitik – Anwar

YAB Dato' Seri Anwar Bin IbrahimPerdana Menteri Malaysia (Foto : YouTube Parlimen Malaysia) KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil tindakan bebas dan berkecuali dalam berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berlaku di peringkat global, termasuk perubahan dasar yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terlalu pantas dalam memberi reaksi itu kerana dasar boleh berubah dalam masa yang singkat. Katanya, umpamanya pengumuman Trump semalam, yang menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada, hanya beberapa jam sebelum langkah itu dijadualkan berkuat kuasa. Menurut Anwar, melalui dasar yang disepakati ASEAN, Malaysia membuka jaringan dengan semua negara. "Ada perubahan pagi semalam, bila beliau tidak akan teruskan dan memberi penangguhan pelaksanaan tarif untuk Kanada dan Mexico. "Jadi, dalam tempoh sebulan ini, perubahan dasar dijangka berlaku atau dikekalkan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation