trending_flat

Gempa bumi kuat di Halmahera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Halmahera, Indonesia pada jam 5:35 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:35 pagi, 4 Februari 2025Koordinat: 2.9° Utara 128.0° TimurLokasi: Halmahera, IndonesiaMagnitud: 6.1Jarak: 207km Tenggara dari Pulau Talaud, IndonesiaKedalaman: 97 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Malaysia ambil tindakan bebas dan berkecuali berdepan ketidaktentuan geopolitik – Anwar

YAB Dato' Seri Anwar Bin IbrahimPerdana Menteri Malaysia (Foto : YouTube Parlimen Malaysia) KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil tindakan bebas dan berkecuali dalam berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berlaku di peringkat global, termasuk perubahan dasar yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terlalu pantas dalam memberi reaksi itu kerana dasar boleh berubah dalam masa yang singkat. Katanya, umpamanya pengumuman Trump semalam, yang menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada, hanya beberapa jam sebelum langkah itu dijadualkan berkuat kuasa. Menurut Anwar, melalui dasar yang disepakati ASEAN, Malaysia membuka jaringan dengan semua negara. "Ada perubahan pagi semalam, bila beliau tidak akan teruskan dan memberi penangguhan pelaksanaan tarif untuk Kanada dan Mexico. "Jadi, dalam tempoh sebulan ini, perubahan dasar dijangka berlaku atau dikekalkan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan […]

trending_flat

Komitmen UM dan JAKIM dalam merealisasi Dasar Halal Negara

Malaysia telah dikenali sebagai perintis utama dalam tadbir urus dan pensijilan halal di peringkat global. Bermula sejak tahun 1974, Malaysia telah memulakan pensijilan halal yang berkembang dengan begitu sistematik dan teratur, yang bukan sahaja mematuhi segala keperluan syariah, malah memenuhi piawaian yang tersendiri. Sistem pensijilan ini tidak hanya menumpukan kepada pematuhan terhadap standard halal, tetapi turut merangkumi aspek pengurusan produk, perkhidmatan, dan import secara menyeluruh, dari peringkat pengeluaran hingga ke peringkat pemasaran dan pengedaran. Di samping itu, Malaysia turut mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelbagai inisiatif sokongan yang berterusan, termasuk dasar yang menyeluruh untuk memacu pertumbuhan industri halal. Salah satu contoh komitmen negara ialah pembangunan Dasar Halal Negara 2025-2035. Dasar Halal Negara 2025-2035 merupakan strategi jangka panjang negara bagi mewujudkan ekosistem halal yang lebih holistik dan kondusif. Objektif Dasar Halal Negara 2025 -2035  ada lima iaitu mewujudkan ekosistem halal yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation