SKINTIFIC Malaysia Melancarkan “Perfect Stay Velvet Matte Cushion” dan Umum Daiyan Trisha sebagai Duta Kosmetik Jenama.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA 25 Julai 2024 – Susulan kejayaannya yang memberangsangkan di Malaysia, SKINTIFIC teruja untuk mengumumkan pelancaran produk Perfect Stay Velvet Matte Cushion untuk mengakhiri penantian ramai. Produk kusyen yang inovatif ini bakal merevolusi industri solekan dengan liputannya yang sempurna serta manfaat tambahan pada kulit. Sehubungan itu, SKINTIFIC juga berbangga untuk memperkenalkan Daiyan Trisha sebagai duta kosmetik jenama bagi kategori produk solekannya. Berjaya menempa nama dalam tempoh yang singkat di rantau ini, SKINTIFIC merupakan jenama yang terlaris dalam kategori penjagaan kulit dan kosmetik di cawangan rakan-rakan runcit yang terkemuka seperti Watson dan Guardian, termasuk di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan juga TikTok. Produk solekan SKINTIFIC telah melakar pelbagai kejayaan di serata dunia. Produk-produk kusyennya mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik daripada para pelanggan dan juga selebriti. SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion yang popular misalnya telah menjadi teras […]