foodpanda Malaysia menandatangani MoU dengan Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP)
KUALA LUMPUR, 4 Julai, 2024 — foodpanda Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini. Memorandum Persefahaman ini menandakan satu peristiwa penting dalam memberi jaminan kewangan dan manfaat kepada rakan penghantar foodpanda. Dengan lebih 50,000 pekerja gig sebagai rakan penghantar, foodpanda mengiktiraf kepentingan kestabilan kewangan untuk rakan penghantarnya. MoU ini membolehkan rakan penghantar foodpanda untuk mencarum setiap bulan ke akaun KWSP mereka melalui program i-Saraan dan dengan ini, rakan penghantar dapat memastikan masa depan yanglebih terjamin. Program i-Saraan ini merupakan sebuah program simpanan secara sukarela. MoU itu ditandatangani oleh En. Sazaliza Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan En. Shubham Saran, Pengarah Operasi, foodpanda Malaysia,dengan matlamat utama untuk meningkatkan perancangan dan simpanan persaraan di kalangan rakan penghantar. “Rakan penghantar kami memainkan peranan yang penting dalam ekosistem kami. Sebagai sebahagian daripada inisiatif […]