trending_flat

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) perkukuhkan program pencegahan di peringkat akar umbi

BANGI 8 Mei 2024 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Rabu, telah menerima seramai 168 orang pegawai pelbagai skim (Kontrak) dalam Majlis Lapor Diri bagi Pelantikan Baharu Pelbagai Skim Perkhidmatan di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, (JPKK) bertempat di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP). Melalui fasa pertama penubuhan JPKK, seramai 169 perjawatan pelbagai skim perkhidmatan dan gred (kontrak) telah diluluskan melalui kaedah pertukaran slot. "Di antaranya, seramai 145 orang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ditempatkan di semua JKM Negeri/ Wilayah Persekutuan termasuk 105 orang ditempatkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan bagi mengetuai JPKK Daerah, dan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan kontrak yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred ditempatkan di Ibu pejabat JPKK dan JKM Negeri/Wilayah Persekutuan. KPWKM amat positif dengan penubuhan JPKK dan pertambahan jawatan kontrak pelbagai skim perkhidmatan dan […]

trending_flat

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyatakan kekesalan terhadap lantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaharu tanpa semakan Parlimen. SPR melalui kiriman di laman Facebook mereka mengalu-alukan Ahli SPR terbaharu iaitu Datuk Haji Sapdin bin Ibrahim yang telah memulakan tugas pada Isnin (6 Mei) yang lepas. Perkembangan lantikan terbaharu SPR ini adalah sangat mengecewakan dan menunjukkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak serius untuk mereformasi SPR. Kedua-dua PH dan BN merupakan komponen terbesar di dalam Kerajaan Madani kini, namun kedua-dua gabungan tersebut tidak menghormati manifesto yang mereka sendiri rangka, sekaligus memperkukuhkan persepsi bahawa Kerajaan Madani tidak serius dalam usaha untuk mereformasikan institusi dan membawa budaya politik yang lebih progresif serta inklusif. BERSIH ingin mengingatkan bahawa kedua-dua Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjanjikan untuk pelantikan jawatan-jawatan utama akan disemak […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Vanuatu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Vanuatu pada jam 4:17 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:17 petang, 8 Mei 2024Koordinat: 15.0° Selatan 168.1° TimurLokasi: VanuatuMagnitud: 6.2Jarak: 542km Tenggara dari Lata,Kepulauan SolomonKedalaman: 66 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Malaysia mempunyai beberapa produk berpotensi dieksport ke Arab Saudi

PUTRAJAYA, 8 Mei 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Al-Kassabi di Wisma Tani, Putrajaya semalam. Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pertemuan sulung kedua-dua pemimpin itu membincangkan kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor pertanian, penyelidikan dan usaha untuk meningkatkan akses pasaran. "YB Menteri menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika iaitu buah nangka dan nanas, produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan (termasuk makanan haiwan berasaskan protein serangga yang diproses), produk sedia untuk dimakan (ready-to-eat), produk telur, tenusu serta produk akuatik seperti ikan patin sejuk beku. Di samping itu, pihak MARDI menyatakan hasrat untuk menyambung kerjasama sedia ada antara MARDI dan National Research and Development Center for Sustainable Agriculture (ESTIDAMAH) terutamanya […]

trending_flat

IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 - Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada hari ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Tema persidangan tersebut adalah ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future,’ dan dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). “Sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memacu inovasi dan memanfaatkan kepakaran teknologi,MCMC telah menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN, untuk bertukar pandangan, memupuk kerjasama dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang. Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian […]

trending_flat

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj denda satu peratus setiap hari jika pengguna tidak membuat pembayaran pada waktu yang ditetapkan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ia turut menyertaan ‘kiraan’ caj lewat bayar iaitu jumlah bil yang perlu dibayar akan didarab dengan peratusan yang mengikut hari bayaran lewat. Sebagai contoh, sehari lewat satu peratus dan lima hari lewat lima peratus. Semakan JomCheck mendapati TNB telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook rasmi mereka (TNB Careline) bagi menepis dakwaan berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai sebaran informasi palsu. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Formula sebenar caj lewat bayar oleh TNB dikira berdasarkan satu peratus daripada jumlah bil tertunggak didarab dengan jumlah hari tunggakan yang kemudiannya dibahagi dengan 30 hari. Sumber:Laman Facebook Rasmi TNB Careline: https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/adakah-anda-menerima-maklumat-palsu-mengenai-surcaj-lewat-bayar-sebanyak-1-diken/805670058258224/ Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1225510/tnb-nafi-maklumat-tular Beberapa isi tambahan berkenaan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia pada pukul 2:33 pagi hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi tersebut terletak 3.4° Selatan dan 131.0° Timur dengan kedalaman 50 km. 278km Selatan dari Sorong, Indonesia. Kata MET Malaysia lagi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Selepas kejadian tersebut berlaku satu kejadian gempa bumi sederhana di kawasan itu pada jam 4:37 pagi, di kedudukan 3.3° Selatan 130.9° Timur dengan kedalaman 274km Selatan dari Sorong, Indonesia. Juga, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation