trending_flat

Tuduhan Kilang Bihun Beroperasi Dalam Ladang Babi Adalah Isu Lama Yang Tidak Benar

Oleh JomCheck Tular kembali di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang mendakwa bahawa sebuah kilang bihun didapati beroperasi di dalam ladang babi. Ia telah ditutup pada tahun 2007 namun kembali beroperasi semula dengan nama syarikat yang lain. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Mesej berkenaan turut mendakwa bahawa pengoperasian semula kilang berkenaan telah diubah ke lokasi yang lain dan turut menyenaraikan beberapa syarikat dengan pemilik sama serta produk-produk untuk seruan boikot. Semakan JomCheck mendapati bahawa MalaysiaKini telah menepis fakta hantaran berkenaan pada tahun 2022 dan isu ini telah bermula sejak 16 tahun lalu namun masih berlegar sehingga ke hari ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Mesej tular telah mencampur adukkan dan menyalah guna bahan dari pelbagai sumber termasuk dari luar negara untuk mencipta naratif palsu. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/647424JAKIM: https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/penjelasan-status-halal-produk-kilang-bihun-bersatu-sdn-bhd-kbb-sb30-safar-1438-/720515311441078/ Kami leraikan segala perkaitan berhubung isu ini untuk memudahkan […]

trending_flat

Sah, Kerang-Kerangan Sekitar Port Dickson Tidak Selamat dimakan Buat Masa Ini

Oleh : JomCheck Tular di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang menyeru supaya orang ramai mengelak daripada makan kerang-kerangan kerana disyaki tercemar susulan kes keracunan makanan yang dilaporkan Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sebagai tindakan berjaga-jaga, Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Melaka juga melarang sebarang aktiviti pengeluaran, penjualan dan pengambilan sumber kupang dari perairan negeri Melaka. Hal ini kerana, didakwa bahawa kes keracunan makanan yang berlaku berpunca daripada pengambilan sumber kupang dari negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Ketika JomCheck mula membuat semakan berkenaan isu ini, didapati bahawa keputusan siasatan oleh DOF telah dikeluarkan dan hanya kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan sahaja dicemari. STATUS: BENARPENJELASAN: Analisis daripada makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur menemui alga berbahaya di perairan Port Dickson yang menyebabkan kupang di kawasan tersebut tidak selamat dimakan. Poin […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:21 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:21 pagi, 27 April 2024Koordinat: 24.2° Utara 121.7° TimurLokasi: Rantau TaiwanMagnitud: 5.5Jarak: 80km Timur dari Taichung,TaiwanKedalaman: 30 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:11 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:11 pagi, 25 April 2024Koordinat: 24.1° Utara 122.2° TimurLokasi: Rantau TaiwanMagnitud: 5.1Jarak: 122km Tenggara dari Taipei,TaiwanKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul 2:32 pagi hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi tersebut terletak 23.9° Utara dan 121.7° Timur dengan kedalaman 10 km. 90km Timur dari Taichung,Taiwan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Menurut data yang dipaparkan di halaman web MET Malaysia, selepas kejadian tersebut berlaku lagi gempa bumi sederhana turut berlaku di Rantau Taiwan pada jam 5:19 pagi. Ia berlaku di 24.3° Utara 121.5° Timur dengan kedalaman 10 km. 61km Timur dari Taichung,Taiwan.

trending_flat

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat laporan polis terhadap tiga individu - Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), kerana membuat dan menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai-pegawai MCMC. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata laporan polis tersebut dibuat pada 19 April 2024 berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di platform media sosial TikTok, Facebook serta Youtube pada 17 April 2024. "Kandungan terbabit menggambarkan seolah-olah pegawai MCMC bertindak di bawah arahan yang mempunyai kepentingan politik, selain bersifat penyalahgunaan kuasa. Pada masa sama, ada antara tiga individu tersebut telah memfitnah MCMC dengan menyatakan pegawai-pegawai yang terlibat dalam rakaman percakapan sudah muak dengan kerajaan semasa, serta bertanya bila kerajaan akan bertukar." jelas MCMC. Tambahnya, sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya […]

trending_flat

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah hadir ke Sekolah Sri Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan para atlet dari Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) sebelum mereka berlepas ke Orlando, Amerika Syarikat di mana mereka akan bertanding di Kejohanan Sorak Dunia 2024. CHARM turut menerima RM50,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyertai kejohanan itu. Di samping itu, CHARM juga menerima RM30,000 daripada peruntukan Menteri sebagai sokongan untuk aktiviti mereka. Jumlah RM50,000 diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) merupakan salah satu inisiatif dana yang diperuntukkan di bawah KBS. Pasukan itu terdiri daripada 20 orang atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan. “Apabila belia kita terlibat dałam sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation