trending_flat

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Bersama Pelabur di New York dari 14 - 16 April 2024, bersempena dengan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group – WBG) 2024 di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 - 19 April 2024. “Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI. Keyakinan pelaburan lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan Kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta penyasaran subsidi seperti elektrik dan air,” ulas Amir Hamzah. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal tersebut diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan Kerajaan untuk terus […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Tenggara Kepulauan Ryukyu

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Tenggara Kepulauan Ryukyu pada jam 6:38 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:38 pagi, 16 April 2024Koordinat: 29.4° Utara 131.7° TimurLokasi: Tenggara Kepulauan RyukyuMagnitud: 5.6Jarak: 269km Tenggara dari Kagoshima,JepunKedalaman: 70 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi kuat di New Britain Region, P.N.G

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di New Britain Region, P.N.G pada jam  4:56 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:56 pagi, 15 April 2024Koordinat: 5.8° Selatan 151.0° TimurLokasi: New Britain Region, P.N.GMagnitud: 6.4Jarak: 30km Tenggara dari New Britain Island,PNGKedalaman: 68 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 12:41 pagi hari ini. Semalam ia berlaku pada jam 2:26 petang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:41 pagi, 14 April 2024Koordinat: 1.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 145km Timur dari Bitung,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

MCMC sita telefon dan kad sim pengendali akaun media sosial Mynewshub

CYBERJAYA 13 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor kira-kira jam 8:40 malam semalam. Ia adalah susulan tindakan suspek tersebut memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. "Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut. Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dan satu unit telefon bimbit milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan." kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut berkata bahawa pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!". "Muat naik kandungan yang mempunyai niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu pihak lain seumpama […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 2:26 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:26 petang, 13 April 2024Koordinat: 2.3° Utara 126.8° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.2Jarak: 181km Utara dari Ternate,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Video tular adalah simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan berdepan serangan provokatif – JPA

PUTRAJAYA, 12 April 2024 - Jabatan Perkhidmatan memandang serius terhadap penularan video lama telah dimuat naik oleh “MyNewsHub” yang bertajuk “Tanya Pasal Kuarters Je Dah Kena Macam Tu Depan KSN!” baru-baru ini. Menurut JPA dalam satu kenyataan hari ini, video lama lama berdurasi 1:10 minit adalah bertujuan membina persepsi seolah-olah pegawai awam yang bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu telah dinafikan dan dihalang oleh sekumpulan Polis Bantuan, selepas bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan di dalam suatu majlis dihadiri oleh beliau. "Video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif telah berlangsung di auditorium yang dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif erhadap kerajaan." tegas JPA. Susulan itu, JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation