trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024

KUCHING, 2 April 2024 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024 bagi mempromosikan keunikan produk pelancongan geopark serta sambutan Hari Gawai di Sarawak kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Sebanyak 37 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 13 operator pelancongan dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang antara lain menawarkan lawatan ke geotapak, tapak biologi dan tapak budaya di sekitar geopark merangkumi daerah Kuching, Bau dan Padawan. Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Pakej Geological, Heritage & Exploration @ Sarawak Delta Geopark, Pakej The Hidden Prehistory & Geological Sites @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Cloud Glamping @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Nature & Cultural @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Gawai Open House at Matop Longhouse, Pakej Babulang Festival in Limbang serta Pakej Irau Aco Lun Bawang Festival. Kesemua pakej pelancongan tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah […]

trending_flat

Minggu Sains Negara 2024 Sasar Pupuk Minat Pelajar Sekolah terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

PUTRAJAYA, 2 April 2024 – Penganjuran Minggu Sains Negara 2024 bakal diteruskan pada tahun ini dengan sasaran memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM dalam usaha membina bakat berkemahiran tinggi bagi mencapai sasaran negara bertekonologi tinggi menjelang 2030. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang, pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) adalah selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri serta agenda Malaysia MADANI agar bidang STEM diberikan tumpuan untuk mencipta bakat seiring dengan kepesatan pembangunan sains, teknologi dan inovasi, seterusnya memenuhi keperluan industri khususnya dalam sektor-sektor teknologi membangun seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), robotik, blockchain, data raya dan sebagainya. https://www.youtube.com/watch?v=xddNghQP32A Justeru, objektif utama penganjuran MSN adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kehidupan seharian, menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara serta untuk […]

trending_flat

EAIC perkenalkan Talian Whatsapp Aduan salah laku penguat kuasa

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) semalam memperkenalkan saluran alternatif untuk memudahkan orang ramai membuat aduan berhubung salah laku penguat kuasa dengan memperkenalkan TALIAN WHATSAPP ADUAN di nombor seperti berikut: Menurut EAIC, orang awam hanya perlu menaip ADUAN SALAH LAKU dan diikuti dengan nama pengadu, alamat /nombor telefon atau e-mel untuk dihubungi, agensi yang diadukan, butiran aduan beserta lampiran bukti (foto/video/dokumen). Masa bagi operasi talian ialah pada waktu bekerja Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang. "Talian ini hanya akan menerima aduan secara bertulis dan akan memberikan makluman penerimaan aduan tersebut secara automatik sementara ia dirujuk dan diproses lanjut bagi kelulusan awal sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Suruhanjaya. Selain saluran ini, Suruhanjaya masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran yang sedia ada iaitu Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) di Portal EAIC, e-mel aduan@eaic.gov.my dan secara […]

trending_flat

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 - Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas 18 tahun telah berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem PADU, menjadikan 17.65 juta (58.7%) keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, yang berjaya dikemaskini di sistem PADU. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat atas usaha menjayakan pelaksanaan PADU. "Komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama pendaftaran dibuka hingga pendaftaran ditutup. Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan penghargaan saya kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif untuk mendaftar PADU." kata Rafizi. Katanya lagi, seterusnya Kementerian Ekonomi akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri […]

trending_flat

Mohamad Rafi Shahzada dilantik Pengerusi Baharu Mara Corporation

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Majlis Amanah Rakyat mengumumkan Mohamad Rafi Shahzada dilantik sebagai Pengerusi baharu subsidiari MARA iaitu MARA Corporation Sdn Bhd berkuatkuasa pada 27 Mac 2024. Pelantikan Mohamad Rafi adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. “Pelantikan Pengerusi MARA Corporation yang baharu adalah memastikan potensi dan prestasi syarikat dapat dikembangkan dan dipertingkatkan. Saya memberi harapan kepada beliau atas kapasiti pengalamannya yang luas dalam dunia korporat supaya memastikan pemilikan, penyertaan dan penguasaan agenda Bumiputera dapat diperkasakan sepenuhnya.” kata Pengerusi MARA Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Dr. Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Hamad Kama Piah, mantan Pengerusi MARA Corp atas perkhidmatan beliau bermula Julai 2023 sehingga Mac 2024 yang tidak dinafikan banyak memberikan sumbangan dan manfaat kepada subsidiari MARA. Mohamad Rafi, 57, memiliki kelayakan profesional perakaunan daripada London School […]

trending_flat

PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri

PUTRAJAYA, 1 April 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan. Bantuan khas kewangan tersebut membabitkan : 1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. 2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. Kata Anwar, bantuan tersebut akan disalurkan seawal 5 April ini.

trending_flat

Sekatan perjalanan oleh LHDNM bukan bertujuan nafikan hak sesiapa untuk bergerak

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 104, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Ia dikenakan kepada mana-mana individu yang disenarai hitam atau mempunyai tunggakan hutang dan cukai. Menurut Timbaln Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Negara hari ini, sejak mula dikuatkuasakan dan sehingga 29 Februari 2024, terdapat sebanyak 182,666 bilangan kes sekatan perjalanan ke luar negara yang telah dilaksanakan oleh LHDNM. Katanya jumlah itu melibatkan sebanyak 171,571 bilangan kes individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala sebanyak 11,095 kes adalah bagi individu yang mempunyai tunggakan cukai keuntungan harta tanah. "Secara umumnya sebelum tindakan sekatan perjalanan dikuatkuasakan, pihak LHDNM akan melaksanakan tindakan awal kepada pembayar cukai yang mempunyai tunggakan dengan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation