Pahang anjur Jualan Makmur Aidilfitri 2024
PAHANG, 30 Mac 2024 - Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menganjurkan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Jualan Makmur tersebut akan diadakan selama 5 hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 yang melibatkan beberapa premis (pasaraya dan dewan) di 23 lokasi di seluruh Pahang. Katanya lagi, menerusi Jualan Makmur ini juga, barangan keperluan dijual dan disubsidi (ditanggung oleh Kerajaan Negeri) antara 15 hingga 30 peratus daripada harga jualan asal. "Penganjuran Jualan Makmur ini diselaraskan oleh EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Tuan Sim Chon Siang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasaraya-pasaraya yang terlibat. Saya berharap agar rakyat […]