Old Town White Coffee tiada kaitan dengan Nga Kor Ming
Oleh : JomCheck Timbul dakwaan melalui Facebook oleh pemilik akaun ‘Pakcik Andi' kononnya Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah pemilik rangkaian restoran Old Town White Coffee. Hantaran yang dikongsi lebih 13,000 kali itu mendakwa Nga sering menghina Islam dan menyeru warganet memboikot restoran berkenaan. Hasil semakan oleh rakan JOMCHECK, MalaysiaKini mendapati bahawa dakwaan ini adalah tidak berasas. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Old Town White Coffee dimiliki oleh syarikat minuman Belanda iaitu Jacobs Douwe Egberts sejak 2018. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/699857 Poin penting bagi menyokong status di atas adalah: a. Old Town tidak dimiliki entiti Malaysia selepas diambil alih syarikat minuman Belanda Jacobs Douwe Egberts pada 2018.b. Dakwaan ini dikesan bermula pada tahun 2015 apabila Dato Sri Ismail Sabri mendakwa sepupu Nga Kor Ming iaitu Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham sebagai pemilik rangkaian restoran itu.c. Pada waktu itu, Old Town […]