trending_flat

Pengimport Kurma Israel tarik produk dari Pasaran, Mohon Maaf.

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, isu kurma yang didakwa dari Israel pasti menjadi perbualan hangat. Tahun ini, isu ini lebih mendapat perhatian kerana terdapat beberapa portal yang berkongsi senarai kurma dari Israel yang ada di pasaran Malaysia. Selain itu turut tular video peniaga yang menukar kotak kurma sekaligus mewujudkan persepsi bahawa kurma tersebut dari Israel. Benarkah terdapat kurma dari Israel yang dijual di Malaysia sedangkan kedua-dua negara ini tiada sebarang hubungan diplomatik? Rakan JOMCHECK, MalaysiaKini melaporkan kurma dari Israel wujud di pasaran Malaysia dan telah dirampas pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. STATUS: BENARPENJELASAN: Pengimport produk tersebut iaitu Matahari Sdn Bhd mendapat bekalan dari syarikat di Greece, meletak nama negara Israel bagi pematuhan pensijilan organik. Mereka telah membuat permohonan maaf dan menarik balik produk itu dari pasaran. Sumber: […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Jawa pada jam 4:53 petang tadi. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:53 petang, 22 Mac 2024Koordinat: 6.0° Selatan 112.4° TimurLokasi: Laut JawaMagnitud: 6.4Jarak: 141km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 14 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Video Promosi Skim Pelaburan daripada Petronas adalah Palsu

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Baru-baru ini JomCheck menemui beberapa video meragukan yang disiar sebagai iklan di aplikasi Youtube. Iklan yang memaparkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik sedang mempromosikan satu platform pelaburan yang kononnya dijalankan oleh PETRONAS. Salah satu video kelihatan meyakinkan dengan gerak bibir yang selari dan adanya tera air (watermark) portal MalaysiaKini. Ia cuba meyakinkan penonton dengan memberi gambaran seolah-olah PETRONAS menjanjikan pulangan pelaburan stabil sebanyak RM 4,000 sebulan dan jaminan pulangan wang kepada pelabur yang gagal. Hasil semakan mandiri JOMCHECK mendapati pihak PETRONAS sedia maklum tentang isu ini dan sudah mengambil tindakan secara undang-undang. PETRONAS turut menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga dan tidak terpedaya dengan video ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Melalui siaran media PETRONAS, video tersebut telah disahkan palsu […]

trending_flat

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 - Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung hantaran yang berunsur menghina agama Islam. Ia berkaitan dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart yang sedang tular sekarang. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM , Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, tangkapan disyaki pemilik/pengendali akaun Facebook Chiok Wai Loong berumur lingkungan 35 tahun telah ditangkap pada 20 mac 2024 di kawasan Cheras, Kuala Lumpur. Katanya, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat (4) hari mulai 21 Mac hingga 24 Mac 2024. "Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. […]

trending_flat

Poster Tular Maklum Tarikh Bantuan Aidilfitri Kerajaan Madani Adalah Poster Tahun 2023

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sampai ke talian JomCheck permohonan untuk menyemak sebuah poster tular yang menyampaikan maklumat tarikh penerimaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) mengikut kategori dan jumlah penerimaan oleh kerajaan Madani. Hasil semakan fakta yang dilakukan mendapati bahawa masih tiada sebarang pengumuman BKKA untuk tahun 2024 yang dilakukan oleh pihak kerajaan sehingga artikel ini ditulis. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Poster tular berkenaan dikategorikan sebagai luput kerana maklumat BKKA yang disampaikan adalah tarikh penyaluran bantuan pada tahun lepas iaitu 2023. Sumber:Harian Metro (semakan jumlah BKKA 2023): https://www.hmetro.com.my/utama/2023/03/950913/bantuan-khas-kewangan-lanjutan-pelepasan-cukai-sspn-diumum-pm-metrotv Kosmo! (laporan berkaitan pertanyaan kewujudan BKKA 2024): https://www.kosmo.com.my/2024/02/23/lepas-dapat-insentif-rm2000-akan-ada-bantuan-raya/ Poin penting bagi menjelaskan kekeliruan isu ini adalah: a. Tarikh penyaluran bantuan yang tertera pada poster iaitu 29 Mac hingga 17 April adalah merujuk kepada bantuan yang diberikan sebelum tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 pada 22 […]

trending_flat

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengalu-alukan pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri II (TPM II) YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof bersama Ketua Pembangkang Parlimen, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Ketua Whip Pembangkang, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, YB Datuk Seri Ronald Kiandee. BERSIH mengucapkan tahniah kepada pihak Pembangkang dan Kerajaan Persekutuan yang kini boleh duduk semeja. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk menstabilkan politik negara dengan Kerajaan dan Pembangkang boleh duduk di meja rundingan bagi merumuskan isu-isu berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik. BERSIH melihat ini adalah langkah yang perlu bagi mengukuhkan proses transisi demokrasi di Malaysia, supaya wakil-wakil rakyat serta ahli politik kembali memfokuskan tenaga untuk membangunkan negara. BERSIH sebelum ini telah beberapa kali menyeru agar diadakan satu persefahaman di antara Kerajaan dan Pembangkang supaya mereka dapat […]

trending_flat

Dewan Rakyat Lulus Pindaan AUKU 2023

PUTRAYA, 19 Mac 2024 - Dewan Rakyat pada Isnin sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat kali kedua dan ketiga oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Seramai 23 ahli telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyaksikan antara topik paling banyak disentuh dan dibangkitkan adalah mengenai jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan, tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain. "Pindaan ini adalah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kepimpinan pelajar Universiti Awam (UA) semenjak tahun 2021 sehingga kini. Ia merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan Kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri." kata KPT dalam satu kenyataan hari ini. Secara keseluruhan, RUU tersebut mengandungi lima (5) fasal yang melibatkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation