Jenama ReDI akan terus diperluaskan
LANGKAWI, 4 November 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah melepaskan (flag off) peserta-peserta Program Retail Digitalisation Initiative - ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital yang diadakan di ruang legar PARKROYAL Langkawi Resort, Pulau Langkawi, Kedah hari ini. Foto-foto kredit UKK KPDN Menurut Fuziah menerusi satu siaran media, program tersebut adalah merupakan kesinambungan kepada siri program-program ReDI yang terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2021 bertujuan untuk menggalakkan digitalisasi di kalangan peniaga dan pengguna di Malaysia. Katanya lagi, ia juga adalah selari dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan berdaya saing. "Bagi tempoh Januari sehingga 30 September 2023, Program ReDI telah berjaya mendaftarkan (onboarding) sejumlah 4,898 peniaga di bawah kaedah pembayaran elektronik (e-wallet). […]