BELANJAWAN 2024 – Malaysia Bakal Menarik Pelaburan Lebih Berkualiti dan Mampan dalam mengharungi Ekonomi Global yang mencabar
KUALA LUMPUR 14 Oktober 2023 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik cadangan Kerajaan Malaysia MADANI yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan 2024 pada Jumaat .Dengan pengumuman tersebut, Malaysia bakal menarik pelaburan lebih berkualti dan mampan dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar. Kerajaan bertekad untuk terus mengembleng usaha menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara. Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Wira Arham Abdul Rahman. "Dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar, MIDA komited untuk memastikan Malaysia terus kekal menjadi destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara. MIDA mengalualukan dasar strategik dan pengenalan insentif cukai seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2024 yang semestinya memupuk kestabilan iklim perniagaan untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI), memecutkan peralihan ke arah ekonomi lestari berasaskan pengetahuan, selaras dengan NIMP 2030. Langkah ini selaras […]