trending_flat

KPDN siasat video tular jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing

PUTRAJA, 15 September 2023 - Berhubung dengan isu video tular di media sosial bertarikh 14 September 2023 berhubung isu penjualan minyak masak paket 1kg oleh Pasar Raya NSK Jalan Peel, Kuala Lumpur kepada warga asing tanpa kawalan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, pemeriksaan lanjut telah dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke atas pasar raya tersebut. Menurut KPDN, hasil pemeriksaan tersebut mendapati, berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi dalam kuantiti yang banyak. "Pihak Pasar Raya NSK telah mengehadkan pembelian minyak masak paket 1kg bersubsidi maksimum hanya tiga (3) paket sahaja bagi setiap transaksi namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati. Ketika […]

trending_flat

MOT terima laporan awal kemalangan pesawat N28JV

15 September 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima Laporan Awal (Preliminary Report) Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam yang berlaku pada 17 Ogos 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa Laporan Awal tersebut memenuhi standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari daripada insiden tersebut. Laporan itu juga mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini. Laporan Awal ini harus dianggap sebagai tentatif, dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan. Ia boleh dimuat turun melalui pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23. "Laporan Akhir akan selesai selewat-lewatnya pada Ogos 2024 selaras dengan ICAO Annex 13 yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen tersebut. Kementerian Pengangkutan merakamkan […]

trending_flat

KKR adakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 bersama Penggiat Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR - Satu Sesi Dialog Belanjawan 2024 Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Penggiat Industri Pembinaan yang dipengerusikan oleh Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah telah diadakan di Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia pada petang semalam. Sesi Dialog Belanjawan 2024 Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Penggiat Industri Pembinaan. Foto dari FB rasmi Menteri Kerja Raya Menurut KKR, Sesi Dialog tersebut bertujuan untuk mendengar dan berkongsi pandangan serta cadangan daripada penggiat industri berhubung Belanjawan 2024 - selaras dengan pendekatan Whole of Nation dan arahan Perdana Menteri untuk memastikan pandangan rakyat, masyarakat dan industri disambut baik dalam menjayakan Ekonomi MADANI. KKR akan menyasarkan beberapa inisiatif di bawah Pemerkasaan Pendigitalan Sektor Pembinaan iaitu : a) menjelang 2030, pertumbuhan sektor pembinaan dijangka mencapai sebanyak 10.3% menerusi Dasar Pembinaan Negara (National Construction Policy - NCP) 2030 dengan visi “Digitalising Construction Sector 2030”. […]

trending_flat

MYSA sedang bangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas

14 September 2023 - Dalam usaha untuk menerokai peluang-peluang ekonomi baharu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas. Menterinya, Chang Lih Kang berkata bahawa MOSTI percaya bahawa Malaysia mempunya potensi yang besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas (space launching facility). Jika menjadi realiti, kemudahan yang dibangunkan akan menjadi yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan Malaysia menjadi negara kesembilan memiliki fasiliti tersebut. "Keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif. Setakat ini, MYSA sedang mengadakan sesi libat urus dengan beberapa pihak dan industri yang berminat untuk membangunkan kemudahan ini. Penglibatan kerajaan dalam industri ini dianggarkan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 […]

trending_flat

Perkhemahan Keluarga tingkatkan hubungan kekeluargaan

3 September 2023 - KBSMalaysia menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan program rintis berbentuk perkhemahan keluarga yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan selaras dengan agenda untuk merakyatkan sukan. Di sidang media yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tujuan pelaksanaan program rintis adalah untuk: • merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah • meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan • memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance) Program ini diadakan secara percuma bagi bulan pertama bermula pada 1 hingga 30 September 2023 (setiap Sabtu dan Ahad). Pada masa akan datang akan dikenakan bayaran yang minimum atau pada kadar mampu bayar sebagai salah satu inisiatif […]

trending_flat

Festival Bung Bratak rancakkan industri pelancongan

3 September 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan program MerakyatkanSeni Budaya: Festival Bung Bratak pada 2 – 3 September 2023 bertempat di Pusat Warisan Bung Bratak, Bau, Kuching,Sarawak. Menurut MOTAC, penganjuran program tersebut yang merupakan satu usahasama antara MOTAC dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak serta Pejabat Daerah Bau, dilihat berupaya merancakkan lagi industri pelancongan di Daerah Bau dan Pusat Warisan Bung Bratak. "Penganjuran program ini bermatlamat untuk memupuk nilainilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti Bidayuh yang merupakan etnik ke-4 terbesar di Sarawak. Pusat ini merupakan tapak yang dibina untukmengekalkan warisan dalam usaha memulihara dan memelihara warisan etnik Bidayuh di Malaysia khasnya. Bung Bratak, dahulunya merupakan kawasan penempatan awal masyarakat Bidayuh bagi sub etnik Bidayuh iaitu JagoiBratak. Antara impak Pusat Warisan Bung Bratak kepada industri seni, budaya dan pelancongan Negeri Sarawak iniadalah […]

trending_flat

Malaysia bersedia menjadi hub kecemerlangan sukan bagi bidang kejurulatihan sukan di peringkat ASEAN

THAILAND 1 September 2023 - Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Berkaitan ukan dari 28 Ogos hingga 1 September 2023 di Chiang Mai, Thailand. Menurut KBS, terdapat enam (6) mesyuarat telah diadakan iaitu 14th ASEAN Senior Officials Meeting on Sports pada 28 – 29 Ogos 2023, 6 th ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports dan 2nd ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports pada 30 Ogos 2023, 7th ASEAN Ministerial Meeting on Sports pada 31 Ogos 2023, 4 th ASEAN Plus Japan and 1st ASEAN Plus China Ministerial Meeting on Sports pada 1 September 2023. "Pelbagai inisiatif dan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN dan rakan dialog iaitu Republik Rakyat China […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation