KPDN siasat video tular jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
PUTRAJA, 15 September 2023 - Berhubung dengan isu video tular di media sosial bertarikh 14 September 2023 berhubung isu penjualan minyak masak paket 1kg oleh Pasar Raya NSK Jalan Peel, Kuala Lumpur kepada warga asing tanpa kawalan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, pemeriksaan lanjut telah dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke atas pasar raya tersebut. Menurut KPDN, hasil pemeriksaan tersebut mendapati, berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi dalam kuantiti yang banyak. "Pihak Pasar Raya NSK telah mengehadkan pembelian minyak masak paket 1kg bersubsidi maksimum hanya tiga (3) paket sahaja bagi setiap transaksi namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati. Ketika […]