trending_flat

KPKT komited imbangi sosioekonomi dan pembangunan komuniti setempat secara inklusif

TELUK INTAN, 17 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fiesta Teluk Intan - ‘Komuniti Bandar Dekat di Hati’ sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini. Nga Kor Ming juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk, Perak. Menurut KPKT, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh KPKT untuk bantuan baik pulih rumah kepada negeri Perak bagi tahun 2023. Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada 133 penerima bantuan perumahan di Perak dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar. Tambah KPKT, penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah […]

trending_flat

Terima KASIH Ayah, tema Hari Bapa tahun ini

PUTRAJAYA, 14 JUN 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa tema sambutan Hari Bapa pada tahun ini adalah Terima KASIH Ayah. Menurut KPWKM, Terima KASIH Ayah telah diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak. "Bersempena sambutan Hari Bapa pada tahun ini, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memberi fokus kepada lima (5) nilai pengkayaan keluarga, iaitu K.A.S.I.H yang merangkumi (K)asih sayang, (A)khlak atau pun peribadi mulia, (S)ihat fizikal dan mental, ber(I)lmu dan (H)armoni sebagai teras yang perlu ada dalam keluarga yang mana peranan utamanya didokong oleh seorang ayah. KPWKM menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa bagi membentuk masyarakat dan komuniti yang lebih penyayang serta mengamalkan sifat Ihsan yang sememangnya menjadi tonggak dalam […]

trending_flat

Strategi perkasakan kualiti perkhidmatan PBT dirangka

PUTRAJAYA, 14 Jun 2023 – Kerajaan pada hari ini bersetuju untuk memperkasa dan mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui dua (2) strategi utama iaitu memboleh daya modal insan dan menambah baik tadbir urus Kerajaan Tempatan. Menurut Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), di dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-80 pada hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi Dato' Sri Fadillah Yusof bertempat di Bangunan Parlimen, sebanyak tujuh (7) kertas telah dibentangkan merangkumi empat (4) kertas pertimbangan dan tiga (3) kertas makluman. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri Persekutuan yang berkaitan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan. "MNKT Ke-80 telah menggariskan strategi bagi memboleh daya modal insan melalui penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membolehkan […]

trending_flat

KKD berjaya raih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion di Minggu Teknologi London 2023

LONDON, 13 JUN 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion sewaktu misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023yang diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Yang Berhormat Fahmi Fadzil (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz (kiri) bergambar bersama wakil-wakil dari sembilan syarikat berpangkalan di United Kingdom selepas majlis pengumuman pelaburan di Minggu Teknologi London 2023. Yang Berhormat Fahmi Fadzil (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz (kiri) bergambar bersama wakil UKABC, The Lord Ed Vaizey (tengah) selepas majlis pertukaran kerjasama di Minggu Teknologi London 2023. Yang Berhormat Fahmi Fadzil (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz (kiri) bergambar bersama wakil-wakil dari sembilan syarikat berpangkalan di United Kingdom selepas majlis pengumuman pelaburan di Minggu Teknologi London 2023. Ketua Pegawai Eksekutif, Mahadhir Aziz […]

trending_flat

KPKT salurkan peruntukan RM31.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di Bahau

JEMPOL, 13 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM31.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam dalam ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’ sewaktu lawatan kerja rasmi beliau ke Bahau, Negeri Sembilan pagi semalam. Beliau telah menghadiri Majlis Gotong Royong dan Melukis Mural sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Medan Niaga Bahau 2 bagi meningkatkan kesedaran pengindahan dan pemeliharaan dalam kalangan komuniti setempat. Beliau turut turun padang meninjau kemudahan asas dan infrastruktur awam di Medan Niaga Bahau 2, Medan Niaga Bahau, Pasar Awam Bahau, tapak Dataran Taman Meranti, Dewan Kampung Baru Batu Bakar dan rumah pangsa Bahau Indah. Jumlah peruntukan yang telah diumumkan itu meliputi beberapa projek seperti berikut; 1.Membaik pulih termasuk penggantian salur, lantai, longkang “halfround”, saliran dalam gerai dan membaiki tandas di Medan Niaga Bahau; 2.Menaik taraf termasuk kerja mengecat keseluruhan […]

trending_flat

LKTN komited perkasakan industri kenaf negara

BESERI, 12 JUN 2023 - Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis hari ini. Beliau hadir mewakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Haji Fadillah Yusof. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), MoU tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam program pembangunan industri kenaf melalui gerakan koperasi di Malaysia. Inisiatif itu dilakukan untuk menggalakkan penglibatan syarikat swasta yang berminat membuat pelaburan baharu dalam industri kenaf bagi mengurangkan kebergantungan terhadap insentif kerajaan untuk menjana pasaran yang lebih kompetitif dalam pelbagai segmen industri di peringkat domestik dan antarabangsa. "Pada tahun 2023, negeri Perlis telah menyasarkan penanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih kenaf seluas 300 hektar melibatkan 150 orang peserta. […]

trending_flat

Orang Awam dijemput beri input terhadap pertumbuhan ekonomi negara

PUTRAJAYA, 12 JUN 2023 - Kementerian Kewangan (MOF) menjemput orang awam untuk memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara, dan pada masa yang sama memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk lanskap ekonomi Malaysia. Menurut MOF, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan yang penting bagi Kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. "Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023). Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my." katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation