trending_flat

Sedekahlah kepada mereka yang berhak

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Tidak kurang juga, dalam bulan Ramadan juga wujud golongan peminta derma, pengemis dan scammer derma yang berkembang biak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini berlaku kerana sifat pemurah masyarakat Islam untuk meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda, dan tiada sistem yang dapat menyusun atur segmen sedekah dan derma secara sistematik berbanding segmen zakat. Biasanya jumlah sedekah lebih besar daripada jumlah zakat fitrah yang dikeluarkan. Ini disebabkan sedekah atau derma tiada batasan jumlah, bersifat sukarela dan tiada batasan penerima secara khusus. Sedangkan zakat fitrah mempunyai […]

trending_flat

Benarkah ‘healing’ atau sebenarnya hilang?

Oleh: Amir Syazwan Abdul Samad, Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Perkataan ‘healing’ kini tidak lagi menjadi asing dalam masyarakat terutamanya golongan remaja. ‘Healing’ itu sendiri merupakan satu perkataan yang membawa maksud “the process of making or becoming sound or healthy again” dan yang dapat diberi makna sebagai menyembuhkan, atau perihal yang membawa kepada penyembuhan atau pemulihan. Amir Syazwan Abdul Samad Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Manusia merupakan makhluk sosial yang setiap harinya pasti akan melakukan interaksi dengan orang lain. Semakin kerap melakukan interaksi dengan orang lain, semakin banyak informasi yang akan diterima. Bahkan, kerapkali informasi tersebut menimbulkan emosi positif mahu pun negatif. Emosi ini juga dapat mempengaruhi dari sudut fizikal dan juga psikologi seseorang. Ketika seseorang merasakan emosi positif mahu pun negatif, maka akan membawa perubahan secara fizikal mahu pun secara psikologi. Hal ini berikutan kemajuan multimedia hanya di hujung […]

trending_flat

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Kota Raja, saya tekankan keperluan untuk kita kembalikan kegemilangan UMNO di Selangor. Dalam PRU 2022, UMNO mencatatkan prestasi terburuknya dalam sejarah. Satu kerusi pun tak menang. Kemudian kita tiba ke PRN. Cuma menang dua kerusi. Kalah teruk lagi. Selepas UMNO Selangor kalah teruk PRN Selangor, saya nyatakan bahawa ini adalah amaran terakhir untuk UMNO Selangor. Kalau keputusan PRN tu masih belum celikkan UMNO Selangor, tak ada apa yang boleh celikkan UMNO Selangor. Sekarang ni dah 8 bulan lepas PRN, masih tak ada apa-apa. Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baru tawan hati rakyat? Tak ada. Jadi, kalau pandangan saya tentang keperluan mendesak untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Selangor tidak diterima, saya kira lebih baik saya tumpukan kepada membantu UMNO di peringkat pusat & di peringkat […]

trending_flat

Jangan sia-siakan peluang buat pecutan di akhir Ramadan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Keghairahan kita dalam melaksanakan ibadat seperti mengkhatamkan al-Quran, bertadarus, bertarawih adalah suatu yang dipuji, namun terdapat beberapa ibadat yang seringkali dianggap remeh dan terlepas pandang dalam pengamalannnya namun mempunyai fadilat yang besar di sisi Allah SWT. Di sini disenaraikan tiga perkara atau kesalahan kecil yang perlu diberi perhatian dalam menyemarakkan lagi semangat di dalam pesta ibadat Ramadan supaya kita tidak terlepas meraih fadilat berganda di dalam bulan yang mulia ini. Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar 1) Meninggalkan jemaah tarawih sebelum imam selesai Di Malaysia, terdapat kebiasaan dalam pengurusan masjid bagi penunaian ibadat solat tarawih iaitu 20 rakaat dengan 3 rakaat witir atau 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Antara kesalahan yang sering berlaku dalam menunaikan ibadat ini, bagi mereka yang solat di Masjid yang melaksanakan solat tarawih 8 rakaat, mereka meninggalkan jemaah […]

trending_flat

Tidak Wajar Untuk Najib Habiskan Baki Hukuman Penjara di Rumah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bahawa wujudnya bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah. BERSIH menegaskan berdasarkan pengamalan semasa, hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada banduan yang terlibat dalam kesalahan kecil iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Tambahan pula, beliau masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah. Namun, sekiranya banduan yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti Dato’ Sri Najib mendapat keistimewaan tahanan rumah, adalah lebih adil untuk keistimewaan tersebut diberikan kepada banduan lain yang lebih memerlukan khususnya banduan wanita yang masih mempunyai anak kecil. Justeru, BERSIH menegaskan prinsip keadilan sedarjat dalam sudut […]

trending_flat

Ramadan masa terbaik contohi nilai perpaduan Rasulullah

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor Hakikatnya, perpaduan masyarakat adalah agenda utama yang telah diberikan tumpuan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebaik sahaja tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah. Hal ini kerana, perpaduan adalah asas yang akan membentuk kesejahteraan dan kestabilan hidup bermasyarakat dalam sesebuah negara. Sekiranya matlamat perpaduan dapat dicapai maka ia secara tidak langsung akan dapat menghapuskan nilai-nilai tidak baik seperti sikap suka berprasangka, prejudis, skeptikal, rasis, pentingkan diri dan seumpamanya yang boleh merosakkan atau mengeruhkan hubungan antara masyarakat. Dr. Nurul Husna Mansor Umum mengetahui, umat Islam yang mencukupi syarat yang ditetapkan wajib menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Namun, pemahaman kepada falsafah puasa yang sebenar yang akan menjadikan puasa lebih sempurna. Matlamat puasa di dalam Islam bukan sekadar melafazkan niat dan menahan mulut dari makan dan minum, tetapi juga menahan seluruh anggota zahir dan batin dari melakukan perbuatan […]

trending_flat

Menuai barakah Ramadan melalui anugerah nikmat sahur

Oleh: Rusli Abdul Roni Sememangnya Ramadan adalah bulan barakah, bulan kebajikan, bulan kasih sayang Allah SWT kepada seluruh insan. Sehingga tidak satu pun masa ketika dan momen kebaikan yang ada di dalamnya tanpa nilai keberkatan. Malah sesuatu perkara yang dikategorikan sebagai adat kebiasaan pun menjadi ibadah dan keberkatan bernilai pahala dan kebajikan buat orang yang berpuasa di dalamnya. Termasuk makan sahur di penghujung sepertiga malam setiap malam-malam Ramadan yang Allah SWT sediakan. Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman). Berkaitan dengan anugerah syariat sahur di bulan Ramadan ini, terdapat banyak isyarat daripada Baginda Nabi SAW. Antaranya adalah seperti hadis hasan yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meski pun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation