Majlis Kewangan Negara setuju tambah baik pemberian serta sokongan kepada Kerajaan Negeri
PUTRAJAYA, 4 April 2024 - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datoโ Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2024 yang dihadiri oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada hari ini. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Mesyuarat Majlis Kewangan Negara kali ini bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik pemberian serta sokongan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. โKerajaan Persekutuan komited untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan pembangunan negara secara terangkum. Berlandaskan prinsip manusiawi dan โrahmatan lil alaminโ yang membentuk kerangka Ekonomi MADANI, penambahbaikan Pemberian kepada Kerajaan Negeri dapat memberi manfaat langsung kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau geografi. Peningkatan Pemberian melibatkan semua negeri di Malaysia dan akan diberikan secara serentak. Walhasil, besarlah harapan saya agar Pemberian ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menjamin kemaslahatan rakyat serta merancakkan pembangunan negeri […]