trending_flat

Isu Air di Universiti Malaysia Sabah: Menjernih Persepsi, Menuju Solusi

Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi, Majlis Belia Malaysia - MBM) Masak menguning buah belimbing, Ditanam lebat di tepi sungai; Berat dipikul ringan dijinjing, Segala yang kusut akan terlerai. Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani rutin seharian kerana ia sumber penting dalam kehidupan kita. Januari lepas, beberapa penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakukan demonstrasi aman ketika lawatan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang diiringi timbalan beliau, YB Datuk Mustapha Sakmud berhubung masalah bekalan air yang dihadapi mereka. Berikutan itu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim keesokan harinya meminta pihak berkenaan menyediakan laporan selepas beliau meluluskan RM3 juta kepada UMS untuk menyelesaikan masalah itu pada sekitar Mei tahun lalu. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku di sebalik krisis air di UMS ini? Benarkah terdapat salahguna dana dalam mencari […]

trending_flat

Ianya tetap suatu kesalahan, walaupun dibenarkan syarak untuk tidak berpuasa

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Saban tahun, di bulan Ramadan penuh barakah ada sahaja paparan berita berkenaan sekumpulan individu ditangkap pihak berkuasa agama atas alasan makan di khalayak awam di siang hari ketika bulan puasa. Bahkan, fenomena tangkapan kerana tidak berpuasa seolah sudah menjadi norma setiap memasuki bulan Ramadan. Tidak kurang yang menjadikan situasi ini satu bahan jenaka apabila mereka ditangkap, dibawa masuk ke dalam van jenazah dengan plastik hitam berisi bukti juadah yang dimakan. Istilah Geng Plastik Hitam turut melekat kepada golongan ini. Dr. Siti Aisyah Samudin Ironinya, tindakan makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan sebenarnya merupakan satu bentuk istihanah penghinaan kepada syiar dan syariat agama Islam. Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] sebagai contoh memperuntukkan berkenaan kesalahan Tidak menghormati Ramadan. Seksyen 15 Akta 559 ini memberi peruntukan yang agak […]

trending_flat

Adaptasi AI dalam kurikulum mengikut keperluan semasa

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran. Dengan perkembangan teknologi AI pada masa kini, adalah penting untuk mengadaptasi kurikulum AI seiring dengan trend dan pembangunan pendidikan bagi memenuhi permintaan industri. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Untuk membangunkan kurikulum dalam bidang AI, beberapa fasa perlu dilaksanakan seperti reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan yang merangkumi konsep, prinsip dan aplikasi AI untuk memberikan pemahaman mendalam kepada pendidik dan pelajar berkaitan asas berkaitan teknologi AI. Kurikulum AI yang direka bentuk dengan baik perlu meliputi dari aspek multidisiplin dan keselarasan dengan piawaian industri serta objektif pendidikan. Walau bagaimanapun, mengembangkan dan mengadaptasi kurikulum AI mempunyai pelbagai cabaran dan kekangan. Salah […]

trending_flat

Ramadan sumber kekuatan doa untuk Palestin yang sedang menangis

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dunia Islam sedang menyambut kehadiran Ramadan, bulan suci yang dipenuhi dengan pelbagai kemuliaan. Persiapan menghadapi bulan yang mulia ini tentunya giat dilakukan oleh semua masyarakat Islam, sama ada di Timur atau di Barat. Walaupun begitu, situasi yang sedang di alami oleh saudara di Gaza dan Rafah amatlah berbeza. Implikasi genosid yang dilakukan oleh penjajah Israel masih lagi menghimpit penduduk Palestin sama ada di Tebing Barat, Gaza dan terkini di Rafah. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Peperangan kali ini bukan sahaja telah menjadikan bumi Gaza seperti padang jarak padang terkukur namun juga menjadikan mereka mangsa kebuluran terangcang yang ditaja oleh sekutu Israel seperti Amerika dan negara sekutunya yang lain. Perkara ini jelas bertentangan dengan prinsip kemanusian yang telah disepakati oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Slogan SDGs atau Matlamat Pembangunan Mampan juga telah terkubur dalam konflik yang […]

trending_flat

Ramadan platform bina kesedaran diri, sosial 

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Bulan Ramadan bukan sahaja bulan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa iaitu mengerjakan Rukun Islam ketiga, tetapi bulan Ramadan juga merupakan masa di mana umat Islam melakukan refleksi diri melalui ibadah solat, menunaikan sunnah yang dituntut, melakukan amal kebaikan, meluangkan masa dan merapatkan silaturrahim keluarga serta banyak lagi perkara yang bermanfaat. Apabila menjalankan ibadah puasa, ia membantu memperkuat dan memperkukuhkan lagi kawalan diri serta kesabaran seseorang individu. Justeru, di antara aspek penting yang ditekankan dalam bulan Ramadan adalah kesedaran diri dan kesedaran sosial. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Siti Nurmaliya Zakaria Kesedaran diri dipertajam melalui amalan-amalan seperti puasa, solat dan zikir. Puasa bukan sekadar perbuatan menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang membatalkan puasa tetapi juga memerlukan kesedaran diri yang tinggi dalam memenuhi kewajipan. Ia membantu seseorang individu menyedari kekuatan dirinya […]

trending_flat

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat. Kami ingin melahirkan kekuathiran tentang kesediaan pihak kerajaan untuk melaksanakan janji pilihan raya khususnya dalam melunaskan agenda Reformasi yang baik untuk negara. Kami menegaskan, negara kita kini memerlukan pelaksanaan agenda Reformasi agar isu penting seperti tatakelola yang baik, agenda menghapuskan rasuah, serta kerajaan yang bersih dapat ditangani sebaiknya. Maka, hari ini kami sebulat suara mewakili organisasi Perikatan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Malaysia Gurdwara Council (MGC), Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) dan lain-lain mendukung tuntutan Reformasi 100% yang selari dengan Deklarasi Pemimpin Agama dan NGO Agama sempena PRU15 kami, bagi memastikan negara kita menuju ke haluan yang tepat untuk membina sebuah sistem tatakelola yang baik. Kami melihat apa yang diperjuangkan ini adalah tepat pada masanya dan perlu. Ia tidak hanya untuk masyarakat kita kita tetapi […]

trending_flat

Sudah tiba masanya Akta Juruukur Bangunan digubal

Oleh: Prof. Madya Sr. Dr. Au Yong Cheong Peng Sektor pembinaan di Malaysia sedang mengalami pertumbuhan pesat dan ini dapat diperhatikan melalui lonjakan yang ketara dalam jumlah projek infrastruktur, pembangunan kediaman dan komersil. Stok hartanah semasa di Malaysia juga amat mengagumkan. Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, stok hartanah merekodkan lebih daripada 7.5 juta unit pada tahun 2023, termasuk 6.2 juta unit hartanah kediaman, 564,800 unit kedai, 370,010 unit pangsapuri servis, 556 pusat membeli-belah, 274 pasar raya besar, 244 arked, 2,601 bangunan pejabat, 121,374 unit hartanah perindustrian, dan 275,119 bilik hartanah hotel. Bagi memastikan jumlah besar stok hartanah ini berada dalam keadaan yang baik, permintaan untuk penyenggaraan dan pengurusan bangunan tentunya semakin meningkat. Prof. Madya Sr. Dr. Au Yong Cheong Peng Malangnya, berita dan laporan mengenai isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan sentiasa dilaporkan di negara ini. Malaysia telah lama dianggap […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation