trending_flat

Ahli akademik perlu lebih cermat bila menulis

Oleh: Dr. Abu Hanifah Haris Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan beberapa kes melibatkan kesilapan fakta yang dilakukan oleh ahli akademik sehingga ditegur oleh sarjana dan pakar bidang. Semua ini ibarat ‘mimpi ngeri’ bagi seorang ahli akademik apabila tulisannya dikritik oleh pihak lain kerana terdapat kesilapan fakta dan sumber. Dr. Abu Hanifah Haris Kes pertama melibatkan seorang ahli akademik yang tersilap dalam menyatakan karya seorang tokoh wartawan negara yang bukan tulisannya, sebaliknya tulisan seorang sasterawan negara, mungkin terkeliru dengan nama yang hampir sama. Kes kedua melibatkan dua orang ahli akademik lain yang tersilap dalam memberikan gambar kapal sehingga ditegur oleh seorang sarjana luar. Meskipun ahli akademik terlibat sudah memberikan penjelasan dengan mengakui kesilapan tersebut dan menarik semula tulisannya, namun isu ini menarik juga untuk dibincangkan. Apapun, kerelaan ahli akademik tersebut mengakui kesilapannya dan menarik semula tulisan tersebut perlu dipuji kerana […]

trending_flat

Wajarkah tiadanya skim pencen untuk lantikan baharu kerajaan?

Oleh: Dr. Safiah Omar Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan. Walaupun ianya bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia. Terlebih dahulu, pada tahun 2020, kerajaan telah pun menjalankan dasar memberhentikan elaun kritikal yang sebelumnya diberikan kepada kakitangan kerajaan sektor penting seperti perubatan dan perundangan. Dr. Safiah Omar Akan tetapi, keputusan itu membebankan lantikan baru sektor-sektor tersebut kerana tanpa kelebihan dari segi manfaat seperti elaun kritikal dan sebagainya, sektor swasta dilihat lebih menarik kerana bayaran dan elaun mereka adalah lebih tinggi. Ini menyebabkan ramai pegawai perubatan serta peguam sektor awam ini memilih untuk bertukar kepada sektor swasta dan ada juga yang membuka syarikat firma dan klinik mereka sendiri. Terkini, keputusan […]

trending_flat

Lambakan unsur lucah di media runtuhkan nilai masyarakat MADANI

Oleh: Dr. Atifah Ahmad Yusoff Dewasa ini, terdapat lambakan iklan dan filem yang berunsur lucah (soft porn) ditayangkan di pawagam dan kaca TV. Hal ini memberi kesan buruk kepada masyarakat di mana filem amat berpengaruh kepada kehidupan realiti manusia dari sudut pemikiran, tingkah laku, emosi, peribadi, akhlak, dan nilai Islam. Perubahan yang berlaku ke atas diri penonton akan mendorong mereka sama ada ke arah positif mahupun negatif bergantung kepada jalan cerita yang dipilih. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Dr. Atifah Ahmad Yusoff Mengikut teori kesan media yang diasaskan oleh George Gerbner pada tahun 1979 melalui Cultivation Theory, menyatakan bahawa semakin kerap seseorang menonton televisyen, semakin mudah visual tersebut menyerap masuk dan mempengaruhi psikologi penonton. Secara saintifik, ianya kerana dikatakan berpunca daripada pemaparan secara audio dan visual yang halus dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran kognitif penonton dalam jangka masa panjang. Kesan […]

trending_flat

Perlunya pindaan perundangan elak dera, abai warga emas

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang mula digubal pada tahun 1990 meletakkan warga emas sebagai salah satu kumpulan sasaran yang diberi tumpuan penting ekoran daripada peningkatan masalah sosial melibatkan kumpulan tersebut, termasuklah penganiayaan dan pengabaian terhadap orang tua. Masalah sosial seperti ini pastinya mengganggu kesejahteraan negara sekaligus meninggalkan impak negatif. Dr. Siti Aisyah Samudin Dalam matlamat pembangunan mampan ketiga, kerajaan menggariskan beberapa perkara berkenaan kesihatan dan kesejahteraan bagi memastikan kehidupan yang sihat untuk semua lapisan umur. Islam juga merujuk masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat dengan istilah yang khusus, fasad fi al-ardh wa yasfiku al-dima’ iaitu kerosakan dan pertumpahan darah di muka bumi. Lantaran itu, Dasar Kebajikan Masyarakat Negara ini digubal bagi mewujudkan suatu keadilan sosial dalam masyarakat di Malaysia, termasuklah dalam kalangan warga emas. Di Malaysia, laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia […]

trending_flat

Kesantunan berbahasa cermin keperibadian diri di media sosial

Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Dalam era digital, media sosial telah menjadi medium penting untuk menunjukkan ekspresi diri, komunikasi, dan pembinaan identiti. Bahasa yang digunakan semasa berinteraksi dalam talian memainkan peranan dalam menyampaikan pemikiran, emosi, dan keperibadian. Fenomena ini amat jelas kepada pengguna semasa memilih perkataan, frasa, dan nada untuk menunjukkan kesantunan berbahasa di alam maya. Dr. Norfaizal Jamain Kesantunan berbahasa yang ditunjukkan adalah melalui pemilihan kata-kata untuk memanifestasikan imej atau pesona tertentu. Pengguna sering berkomunikasi dalam talian sejajar dengan imej diri yang mereka inginkan, sama ada lucu, intelektual, empati, atau berwibawa. Pilihan kosa kata dan gaya komunikasi menjadi alat bagi pengguna untuk menyusun dan menyampaikan ekspresi kepada khalayak yang lebih luas. Kesantunan bertindak sebagai peraturan sosial yang melicinkan interaksi dan meminimumkan konflik. Dengan menggunakan bahasa yang sopan, pengguna menunjukkan bahawa mereka menghargai dan menghormati perasaan dan pendapat orang lain di […]

trending_flat

Tragedi Gaza bukan peperangan tetapi pembunuhan besar-besaran

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Awal tahun 2024 ini bakal menyaksikan Gaza, Palestin yang memegang rekod antara tempat terpadat di dunia kini turut menjadi tempat paling berbahaya di dunia. Lebih 23,000 orang telah terbunuh dan 59,000 cedera. Dari jumlah yang terbunuh, dianggarkan 10,000 adalah kanak-kanak. Badan Kemanusiaan, Save the Children melaporkan secara puratanya 10 kanak-kanak kehilangan anggota badan setiap hari sejak 7 Oktober 2023. UNICEF pada 8 Januari 2024 melaporkan 90% kanak-kanak di Gaza kini tidak mendapat makanan berzat dan ia kenaikan ketara berbading 80% dua minggu yang lepas. Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Rekod ini sangat mengerikan kerana ia hanya berlaku dalam tempoh tiga bulan sahaja. Tanggal tahun baru 2024, sejarah mencatatkan Gaza sebagai bandar paling teruk dihentam bom di abad ke-21, sebaris Dresden dan Hamburg sewaktu Perang Dunia Kedua. Euro-Med Human Rights Monitor melaporkan 25,000 […]

trending_flat

Membakar surau dan masjid mencemar keharmonian beragama Malaysia MADANI

Oleh: Dr. Atifah Ahmad Yusoff Baru-baru ini, berlakunya perbuatan khianat membakar masjid dan surau di Sri Medan, Johor. Perbuatan khianat ini adalah perbuatan terkutuk yang kesannya bukan hanya kepada perasaan individu, tetapi kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam. Perbuatan provokasi ini melibatkan institusi agama iaitu rumah ibadah yang merupakan tempat suci untuk beribadah bagi penganut beragama Islam. Dr. Atifah Ahmad Yusoff Larangan provokasi dan menghina rumah ibadah adalah sangat dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama lain dan akan menyebabkan mereka bertindak balas dan mencela Islam kembali. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” (Surah al-An‘am: 108) Rasulullah SAW sangat memahami sensitiviti keagamaan ini. Nabi memerintahkan untuk menghormati segala rumah ibadat dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation