Malaysia tiada masa untuk Mahathir
Oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang Malaysia tidak ada masa untuk Mahathir kerana dia terlalu sibuk dengan masa lampau yang sudah dilupakan sedangkan masa hadapan kita sekarang dengan satu wawasan bersama untuk bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia Pengasas Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, telah mengkhianati kedua-kedua konsep ini pada minggu ini apabila dia mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia berbangsa India dan China terhadap negara. Adakah dia cuba mengatakan yang Datuk Seri Samy Vellu, yang ada dalam Kabinetnya semasa pemerintahannya selama 22 tahun, sebagai tidak setia kepada Malaysia? Adakah Lee San Choon, Ling Liong Sik, Lee Kim Sai, Ting Chew Peh, Lim Ah Lek, Neo Yee Pan, Chong Hon Nyan, Chong Siang Sun, Ng Cheng Kiat, Richard Ho, Lim Keng Yaik, Paul Leong, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Law Hieng Ding – yang semuanya […]