Debat melahirkan mahasiswa kritis
Dalam iklim dunia yang penuh dengan cabaran pemikiran dan ideologi, generasi muda harus dididik dari awal dengan kemampuan berfikir secara kritis, kreatif, dan berani menyuarakan pendapat. Nelson Mandela pernah berkata, "Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang digunakan untuk mengubah dunia." Namun pendidikan ini bukan sahaja pembentangan dalam bilik darjah, tetapi juga dalam pelbagai platform seperti pertandingan debat, yang berfungsi sebagai medan intelektual untuk melahirkan belia yang berdaya saing. Mahatma Gandhi pernah menekankan kepentingan dialog yang mendalam. "Kebenaran boleh ditemui melalui perbahasan yang bebas dan jujur." Sementara itu, Malala Yousafzai, seorang ikon belia global, menunjukkan bahawa suara muda bukan sahaja perlu didengari tetapi juga dihormati dalam membuat keputusan yang membentuk masa depan dunia. Dalam konteks ini, debat bukan sekadar latihan pengucapan awam, tetapi ia adalah wahana untuk menanamkan nilai-nilai toleransi, analisis kritis, dan tanggungjawab sosial dalam jiwa belia. Debat Terbuka ASTAR […]