Susu ibu: Keajaiban alam yang tidak terbanding
Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ibu-ibu berkerjaya sudah pasti mempunyai kekangan untuk menyusukan bayi secara langsung, atau ‘direct latching’, dan terpaksa memerah susu ketika di tempat kerja. Susu ini selalunya akan disejukbeku dan diberikan kepada bayi saat diperlukan. Ekoran ini, akan timbul situasi dimana ada kemungkinan susu yang diperah pada waktu siang, akan diberikan kepada bayi pada waktu petang atau malam, dan juga sebaliknya. Tahukah anda bahawa, sama seperti tubuh manusia, susu ibu juga mempamerkan sifat ritma sirkadian atau jam biologi? Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ritma sirkadian ialah jam biologi atau satu aturan masa dalam tubuh manusia yang berjalan mengikut rutin kitaran siang dan malam selama 24 jam. Pengaturan secara dalaman ini melibatkan pelbagai peringkat biologi, termasuk molekular, selular, sistem dan juga tingkah laku manusia. Penetapan ritma sirkadian ini penting untuk fungsi optimum tubuh manusia. Perkembangan bayi dari […]