Cabaran mengurus kewangan pelajar universiti
Oleh: Dr. Mas Nordiana Rusli Tidak semua pelajar yang melanjutkan pengajian di menara gading mampu membiayai sepenuhnya kos perbelanjaan pengajian dan sara hidupnya, terutamanya jika mereka berada di tengah bandar. Berbanding golongan T20, pelajar daripada golongan B40 tentunya lebih terkesan, khususnya dalam menguruskan pelbagai bebanan kewangan setiap semester. Dr. Mas Nordiana Rusli Dana penaja yang diterima pada permulaan setiap semester digunakan untuk menampung yuran pengajian, penginapan, dan keperluan lain, sering menjadi beban yang besar, terutamanya jika pelajar tersebut tidak mempunyai pembiayaan yang mencukupi. Lebih buruk lagi, para pelajar seringkali keliru dalam membezakan “perbelanjaan keperluan” dan “kehendak” dalam menguruskan bantuan kewangan yang mereka terima. Ini boleh mencipta tekanan kewangan yang lebih besar, dan dalam beberapa kes, pelajar terpaksa bekerja sambilan atau mengambil pinjaman tambahan yang pastinya akan memberatkan mereka selepas tamat pengajian. Baru-baru ini, kisah pelajar universiti awam yang mendakwa universiti […]