trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:21 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:21 pagi, 27 April 2024Koordinat: 24.2° Utara 121.7° TimurLokasi: Rantau TaiwanMagnitud: 5.5Jarak: 80km Timur dari Taichung,TaiwanKedalaman: 30 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam masih lagi berpecah dan berselisih, serta gagal mencari titik temu dalam mewujudkan perpaduan bersama. Tidak kira isu fundamental atau isu cabang, tiada persepakatan dalam kalangan mereka, sama ada pada peringkat agamawan atau orang awam. Masing-masing ingin menjadi jaguh dengan pandangan tersendiri. Ketika para agamawan masih bertelagah dalam isu-isu khilafiyyah, maka masyarakat awam hanyut dalam memahami agama, juga mencari pendekatan dan cara untuk menjadi orang yang beragama. Mereka seolah hilang punca dan rujukan dalam beragama. Misalnya, ada sebilangan orang awam yang gemar mencampuri urusan hukum, sebilangan yang lain suka menjatuhkan hukum kepada orang, sebilangan cenderung kepada pandangan pelik hingga mengabaikan keputusan pihak berkuasa agama. Tidak kurang, ada juga kelompok yang anti kepada elemen Sunnah dan berbau agama dengan label Arabisasi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Lebih lanjut, segelintir […]

trending_flat

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Baharu pada 27 April 2024 ini, sejurus selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK KKB). BERSIH mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di Kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan (1). BERSIH ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa penganjuran rumah terbuka aidilfitri boleh bercanggah dengan banyak peruntukan di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR). Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya. Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan). Selain itu, pihak Kerajaan […]

trending_flat

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur Tengah yang kebanyakannya lebih menghidupkan bulan Ramadan berbanding Syawal. Mereka menyambut Aidilfitri mengikut sunnah dan meraikannya secara wasatiyyah. Dr. Mohd Istajib Mokhtar Setiap tahun kita semua teruja menantikan tarikh hari raya yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Bila-bila pun anak bulan kelihatan, tarikh hari raya Aidilfitri tetap jatuh pada 1 Syawal. 1 Syawal sahaja. Meskipun kita berpuasa selama sebulan, bukanlah bermakna hari raya juga sebulan. Sambutan kemenangannya hanyalah sehari. Namun, apakah kita begitu teruja dengan kemenangan, sehingga meraikannya secara berlebih-lebihan sehingga sebulan? Agama Islam sudah pun mengaturkan hidup manusia ini dengan begitu tersusun dan sejahtera. Namun, apabila kita berlebih-lebihan, maka banyaklah berlaku kerosakan. Bermula dengan kerosakan diri sehinggalah kepada kerosakan bumi. Kita dapat menyaksikan sambutan rumah terbuka […]

trending_flat

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari raya kini kian luntur dihakis peralihan zaman yang menyebabkan generasi Z cenderung kurang menghargainya. Generasi Z merujuk kepada kumpulan individu yang dilahirkan dalam kemajuan teknologi dengan akses kepada peranti digital seperti komputer, telefon pintar dan media sosial. Tradisi hari raya merangkumi pelbagai aspek budaya, agama, dan sosial yang berkaitan dengan perayaan Hari Raya, terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Tradisi yang dimaksudkan adalah bersilaturrahim, berrmaaf-maafan, berkunjung-kunjungan, berkongsi rezeki, berbaju raya, berkuih raya, menziarahi kubur, pulang ke kampung, bertakbir raya bersama-sama, menghias rumah dan sebagainya. Mengapa penting bagi Generasi Z ini memahami dan menghargai tradisi hari raya? Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Siti Nurmaliya Zakaria Hari raya bukan sekadar satu sambutan tetapi merupakan masa dan ruang yang berharga di mana ahli keluarga pulang ke kampung halaman […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:11 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:11 pagi, 25 April 2024Koordinat: 24.1° Utara 122.2° TimurLokasi: Rantau TaiwanMagnitud: 5.1Jarak: 122km Tenggara dari Taipei,TaiwanKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad ("Aneka Jaringan" atau "Kumpulan"; Bursa: ANEKA, 0226), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, terus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan dalam prestasi kewangannya untuk suku kedua berakhir pada 29 Februari 2024 ("S2 FYE2024"). Pada S2 FYE2024, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM54.22 juta, menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sebanyak RM11.24 juta berbanding S2 FYE2023. Pertumbuhan ketara ini mencerminkan pelaksanaan berkesan projek dan inisiatif strategik Kumpulan, serta pemulihan positif dalam industri pembinaan. Selain itu, Aneka Jaringan mencapai keuntungan kasar RM4.72 juta pada S2 FYE2024, menandakan peningkatan ketara daripada untung kasar RM0.40 juta pada S2 FYE2023. Seterusnya, Kumpulan menjana pendapatan lain sebanyak RM0.33 juta, terutamanya daripada pendapatan faedah, sewa premis, dan pemulihan hutang sebanyak RM0.22 juta. Walaupun menanggung jumlah perbelanjaan pentadbiran sebanyak RM3.32 juta dan kos pembiayaan sebanyak RM0.94 juta, Kumpulan melaporkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM0.55 juta […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation