Ramadan sumber kekuatan doa untuk Palestin yang sedang menangis
Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dunia Islam sedang menyambut kehadiran Ramadan, bulan suci yang dipenuhi dengan pelbagai kemuliaan. Persiapan menghadapi bulan yang mulia ini tentunya giat dilakukan oleh semua masyarakat Islam, sama ada di Timur atau di Barat. Walaupun begitu, situasi yang sedang di alami oleh saudara di Gaza dan Rafah amatlah berbeza. Implikasi genosid yang dilakukan oleh penjajah Israel masih lagi menghimpit penduduk Palestin sama ada di Tebing Barat, Gaza dan terkini di Rafah. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Peperangan kali ini bukan sahaja telah menjadikan bumi Gaza seperti padang jarak padang terkukur namun juga menjadikan mereka mangsa kebuluran terangcang yang ditaja oleh sekutu Israel seperti Amerika dan negara sekutunya yang lain. Perkara ini jelas bertentangan dengan prinsip kemanusian yang telah disepakati oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Slogan SDGs atau Matlamat Pembangunan Mampan juga telah terkubur dalam konflik yang […]