trending_flat

Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh santuni orang asli Bukit Manchung

Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Fakulti pergigian sekali lagi mengambil langkah proaktif menyahut cabaran universiti dalam memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan dan khidmat masyarakat seperti yang tertulis didalam visi UiTM iaitu menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan. Menariknya program pada tahun ini, selain aktiviti keusahawan yang dijalankan oleh pelajar sejak Januari yang lalu, dengan tema “Together We Share” Program Dental Sure Havoc 3.0 ini fokus mendekati perkampungan masyarakat orang asli yang disertai oleh 20 orang pelajar tahun 2 Fakulti Pergigian UiTM, diselia oleh 4 orang pensyarah dari jabatan Sains Pra-Klinikal dan dibantu oleh 9 orang alumni dan para sukarelawan yang berbesar hati untuk sama-sama turut serta menjayakan program ini. Menurut Pengarah Program, saudara Mohamad Hanis Hakim Bin Kasudinata, Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini di susun padat dengan […]

trending_flat

Kesopanan dan kesusilaan membina inspirasi anak yatim di UM

Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Sekumpulan 100 orang anak-anak yatim dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor telah mengikuti sebuah program unik anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YATIM) baru-baru ini, di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, termasuklah Universiti Malaya (UM). Program yang dinamai ‘Opening Young Eyes (OYEs) – Kembara Ilmu Rukun Negara’ turut disertai oleh lebih 20 orang guru pengiring. “Siri program OYEs anjuran YATIM merupakan program berbentuk lawatan sambil belajar yang diadakan sepanjang tahun, khusus untuk anak-anak yatim yang terpilih dari seluruh negara. Kali ini, pembaharuan yang dibawa adalah dengan menjajarkan objektif lawatan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara,” kata Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM. Untuk prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, para peserta telah dibawa melawat Masjid Negara. Untuk prinsip kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, mereka telah dibawa ke Istana Negara, termasuklah melawat ke Balai Rong […]

trending_flat

UM dan UI perkukuh kerjasama antarabangsa melalui UI-CREATES 2024

Universiti Malaya (UM) memperkukuh kerjasama antarabangsanya dengan Universitas Indonesia (UI) yang juga merupakan kampus terbaik di Indonesia melalui program Universitas Indonesia Credit Earning Program for International Students (UI-CREATES 2024) yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2024 sehingga 3 Oktober 2024. Ia telah disertai oleh 16 pelajar sarjana muda sains Kimia dan dua orang pensyarah dari Jabatan Kimia, UM iaitu Dr. Noordini Mohamad Salleh dan Dr. Siti Jariani Mohd Jani sebagai penasihat program dan beberapa orang pelajar dari UI.   Program ini dianjurkan oleh Departemen Kimia, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), UI yang diketuai oleh Dr. Bayu Ardiansah yang juga merupakan kolaborator utama kepada Dr. Noordini Mohamad Salleh. Program ini mengandungi dua modul iaitu program dalam talian yang merangkumi 10 kuliah dalam bidang organik sintesis dan ubatan bagi menepati tema Synthetic and Natural Product Chemistry for Drug Discovery dan […]

trending_flat

Adakah pelepasan cukai SSPN strategi bijak untuk masa depan pendidikan anak-anak kita?

Oleh: Dr. Cheah Chan Fatt Kerajaan telah mengumumkan bahawa pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi, sehingga tahun taksiran 2027. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam SSPN yang dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi merupakan satu langkah yang sangat strategik dalam membantu ibu bapa merancang dan menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak mereka. Dengan kos pengajian tinggi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, insentif ini menawarkan beberapa kekuatan utama yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga dan negara. Kekuatan insentif pelepasan cukai SSPN dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Pelepasan cukai ini secara langsung mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Dengan adanya pelepasan cukai, ibu bapa dapat menikmati pengurangan dalam […]

trending_flat

AMBANK SUMBANG RM350,000 UNTUK MEMPERKASA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- AmBank berbesar hati menyumbang RM350,000 untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membiayai Pusat Latihan Gurney (GTC) MAB dalam memainkan peranan aktif untuk memperkasakan orang cacat penglihatan dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada mereka untuk penyertaan dan penglibatan yang lebih besar, serta integrasi dalam masyarakat. Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi, Kumpulan AmBank berkata, “AmBank berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk menyokong inisiatif yang membantu insan cacat penglihatan menjalani kehidupan yang memuaskan. Perkongsian ini adalah petanda baik dan seiring seruan kerajaan untuk meningkatkan sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia bertujuan untuk menyediakan sumber dan meningkatkan penghayatan kemasyarakatan, membolehkan individu kurang upaya hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan dan menyumbang secara bermakna kepada pembinaan negara.” MAB Gurney Training Centre (GTC) adalah satu-satunya pusat latihan bertauliah di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan […]

trending_flat

Dermawan Dubai Anosh Ahmed Menyediakan Bantuan Makanan Berkeperluan Berjumlah £10 Juta untuk Menyokong Komuniti Rentan di Lubnan

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, Oct. 28, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Jutawan Dubai dan pengasas PFOAA Anosh Ahmed dan yayasannya hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyumbangkan makanan berkeperluan berjumlah sepuluh juta paun kepada Lubnan. Anosh Ahmed “Dalam masa kesusahan dan pemulihan, tiada siapa pun yang harus berlapar seorang diri. Lubnan pulih daripada konflik baru-baru ini, kami berdiri bersama golongan yang paling rentan—kanak-kanak dan wanita—yang paling terjejas. Sumbangan ini adalah satu langkah ke arah membawa makanan berkhasiat, harapan dan maruah kepada mereka yang memerlukan. Bersama-sama, kita bukan sahaja boleh membantu memulihkan keperluan makanan, tetapi rasa selesa dan belas kasihan dalam kehidupan mereka yang paling memerlukannya. Semoga sokongan ini memberikan semangat dan kekuatan kepada mereka untuk membina semula kehidupan mereka.” – Anosh Ahmed Perihal Anosh Ahmed Peningkatan luar biasa Anosh Ahmed daripada pelaburan sederhana sebanyak $4,000 kepada usahawan tani jutawan menunjukkan bagaimana […]

trending_flat

PROGRAM RHYTHMS OF KINABALU 2024 PROMOSIKAN SENI BUDAYA SABAH

Kemeriahan Majlis Perasmian Rhythms of Kinabalu 2024 (ROK) yang berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya (Culture-Based Tourism) iaitu Rhythms Of Kinabalu 2024 (ROK 2024) pada 25, 26 dan 27 Oktober 2024, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah. Program ini merupakan penganjuran edisi ke 10 yang diadakan sejak tahun 2012 dan pada tahun 2024, penganjuran ROK telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi di negeri Sabah sebagai rakan penganjur bersama. Program ini juga adalah inisiatif MOTAC melalui JKKN dalam usaha menyemarakkan dan memelihara kesenian tradisi tempatan, khususnya di negeri Sabah. Pada tahun ini ROK menonjolkan kelainan dan keunikan dengan  mempersembahkan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah yang berkonsepkan “World […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation