trending_flat

Apakah sebenarnya nilai harga diri kita?

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Ledakan kemajuan teknologi maklumat yang dikecapi dunia sejak 30 tahun yang lalu telah banyak mengubah hidup manusia. Boleh dikatakan kesemua industri telah mengalami perubahan demi perubahan yang saban hari menuju ke arah satu revolusi yang dinamakan revolusi perindustrian. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dalam tempoh yang sama juga, fenomena ini telah mengubah hidup dan budaya manusia. Gaya kerja yang cekap dan efisien, kaedah penyampaian yang semakin pantas serta komunikasi tanpa sempadan telah meningkat mutu dan kualiti hidup penduduk dunia yang menikmati kemajuan ini. Walaupun begitu, seperkara yang perlu disedari adalah kemajuan teknologi komunikasi ini juga telah meruntuhkan nilai hidup segelintir manusia yang menjadikannya sebagai satu platform untuk meraih keuntungan dengan menjual maruah mereka. Lambakan perniagaan yang menggadai dan mempertaruh maruah Hujung Januari yang lepas, seorang bapa beranak tiga yang lebih dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ […]

trending_flat

Abang Johari hadiri Kunjungan Tahun Baru Cina 2024  hari yang kedua

KUCHING, 11 Februari 2024 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri beberapa kunjungan sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk hari yang kedua hari ini. Abang Johari ditemani isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Tahun Baru Cina hari kedua ke kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Dato' Sri Huang Tiong di Jalan Stampin Tengah di sini hari ini. Ketibaan Abang Johari disambut oleh Datuk Sri Huang, Timbalan Premier, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain. Sejurus selepas itu, Abang Johari berkunjung ke rumah terbuka tahun baru cina Persatuan Teo Chew di Jalan Tabuan Kuching. Setiba nya di rumah terbuka tersebut rombongan Premier disambut dengan kemeriahan persembahan tarian singa. Turut hadir sama dalam kunjungan ke rumah terbuka untuk hari kedua […]

trending_flat

Tiada Data Sokong ‘Kemujaraban’ Ivermectin Melawan Covid-19 – JomCheck

Oleh : JomCheck JOMCHECK terpanggil untuk membuat semakan berhubung mesej berkenaan penggunaan ubat Ivermectin yang biasanya digunakan sebagai ubat haiwan bagi tujuan merawat Covid-19. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Mesej yang tular menyertakan pautan artikel oleh portal Free Malaysia Today (FMT) berkaitan Ivermectin, dengan menyertakan senarai ‘kemujaraban’ berserta ‘testimoni’ keberkesanan ubat itu. Rakan JOMCHECK iaitu Faqcheck dan Medical Mythbusters Malaysia pernah mengulas berkenaan isu ini. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Tidak ada bukti bahawa Ivermectin berkesan merawat Covid-19 walaupun sudah banyak kajian dibuat mengenainya. Sumber: Medical Mythbusters Malaysia: https://www.facebook.com/1040952502661914/posts/5119152518175205/?mibextid=RqrPsF Rumusan penting dari sumber berkenaan adalah: a. Tiada sebarang bukti yang menyokong kenyataan kebaikan Ivermectin oleh ‘pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)’ yang disertakan di dalam hantaran berkenaan. b. Penggunaan Ivermectin secara “off-label” bermaksud KKM mengizinkan penggunaan ubat itu di luar fungsi asal ubat itu. Ia […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 1:21 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:21 petang, 10 Februari 2024Koordinat: 8.5° Utara 125.9° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 56km Barat Laut dari Bislig, FilipinaKedalaman: 67 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

5 perkara perlu tahu tentang kes Nik Elin

Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz Prinsip asas perlembagaan adalah perkara 4 iaitu Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara mengatasi undang-undang negeri terutama jika ada pertindihan. Maka jika ada pertindihan, Undang-undang negeri adalah dianggap tidak sah dan terbatal. Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan nyatakan perkara tersebut. Apa yg bertindih? Dalam Jadual ke-9 Senarai Persekutuan dijelaskan perkara berkaitan undang-undang jenayah adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan bukan negeri. Jadi jika Enakmen Negeri yang ada kaitan dengan undang2 jenayah adalah dikira bercanggah dgn Persekutuan. Jika enakmen negeri tak sah tak bermaksud jenayah tersebut bebas dilakukan. Ini kerana dlm Kanun Keseksaan - iaitu undang2 Persekutuan dah ada untuk cegah jenayah tersebut malah hukuman dia jauh lebih berat dari enakmen Syariah Negeri. Penyelesaian? Peguam Haniff Khatri tegaskan pada 2021 mereka telah serahkan petisyen kepada kerajaan & MP untuk buat pindaan untuk penyelesaian. Tetapi seolah tidak […]

trending_flat

Tersiratnya tanggungjawab terhadap Palestin di dalam peristiwa Israk Mikraj

Oleh: Rusli Abdul Roni Israk Mikraj adalah suatu peristiwa monumental dalam perjalanan kerasulan dan kerohanian Baginda Nabi Muhammad SAW. Peristiwa agung yang mencatatkan Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Surah al-Isra’: 1), dan terus naik merentasi tujuh lapisan langit ke Sidratul Muntaha (HR Muslim). Rusli Abdul Roni Perjalanan ini bukan hanya sekadar fizikal, tetapi juga melibatkan perjalanan spiritual yang membuka pintu pengalaman luar biasa di dunia langit kekuasaan Allah SWT. Melalui peristiwa mikraj tersebut, Nabi menerima perintah solat, sebagai simbolik yang betapa pentingnya ibadah dalam membangunkan hubungan yang lebih dekat dengan Sang Pencipta. Bahkan ibadah solat telah dianggap bagaikan jambatan yang menghubungkan bumi dengan langit. Sehingga solat digelar sebagai Mikraj setiap insan. Sejarah Israk Mikraj menjadi pijakan bagi misi kenabian, mengukuhkan kedudukan Rasulullah sebagai utusan Allah SWT. Mukjizat agung yang menyertai Israk Mikraj […]

trending_flat

Generali Malaysia Membawakan Pengalaman Insurans Bersepadu ke Melaka

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2024 (Bernama) -- Generali Malaysia mengumumkan pelancaran cawangan Melaka ― cawangan sehenti yang menawarkan rangkaian penyelesaian Insurans Am dan Hayat yang komprehensif, semuanya di bawah satu bumbung. Semasa majlis memotong reben yang diadakan pada 26 Januari 2024, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia menyentuh hakikat bahawa Melaka merupakan sebuah bandar raya yang dipenuhi dengan warisan budaya yang meriah. Selama bertahun-tahun, bandar raya tersebut telah berubah menjadi hab perniagaan yang berkembang maju dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa. “Kami percaya cawangan Melaka kami mampu berkembang maju bukan sahaja sebagai sebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan insurans sehenti, tetapi juga sebagai sebuah pusat pemprosesan utama, memacu transformasi dan menyumbang dalam pertumbuhan KDNK serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Cawangan ini merupakan lensa yang membolehkan kami memerhatikan perniagaan dan hubungan kami dengan komuniti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation