trending_flat

KJTS raih RM58.9 juta dari IPO pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2024 – KJTS Group Berhad (“KJTS” atau “Syarikat”) dan anak syarikatnya (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan KJTS”), penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura, berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Syarikat bagi prospektus tawaran awam permulaan (“IPO”) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). IPO itu disasarkan untuk mengumpul RM58.9 juta melalui terbitan 218.03 juta saham baharu pada harga runcit RM0.27 sesaham. Hasil daripada IPO akan diperuntukkan seperti berikut: RM44.9 juta untuk pengembangan perniagaan, termasuk RM40.4 juta khusus untuk pengembangan Segmen Tenaga Penyejukan dan RM4.5 juta untuk pembesaran pejabat di Malaysia, Thailand dan Singapura. RM8.1 juta untuk modal kerja. RM5.8 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian. Pengarah Eksekutif KJTS Group Berhad, Sheldon Wee Tah Poh menyatakan, “Saya bangga menjadi sebahagian daripada detik penting ini dengan pelancaran prospektus kami. Langkah ini menandakan […]

trending_flat

Peruntukan bernilai RM10.6 juta bagi kerja pembaikan akibat banjir di Kelantan

KELANTAN, 6 Januari 2024 - Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat bencana banjir. Kata Alexander menerusi satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau, hasil penilaian kerosakan di seluruh negara, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan lebih RM50 juta diperlukan bagi membaik pulih jalan runtuh dan rosak di beberapa negeri terjejas banjir. "Dalam tinjaun kerja hari pertama di Kelantan hari ini, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat banjir yang berlaku pada kali ini. Negeri Kelantan merekodkan nilai kerosakan tertinggi akibat banjir." kata Alexander. Tambahnya, KKR bersama pasukan JKR sedang berusaha keras bagi memastikan semua jalan yang rosak dapat diperbaiki sebelum musim perayaan Aidilfitri. Dalam pada itu, Alexander turut meninjau kemajuan […]

trending_flat

Menteri MOTAC nafi hidang arak dan khinzir di pejabat

Susulan dari mesej Whatsapp tular yang mendakwa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing hidang minuman keras dan makan daging khinzir di pejabatnya dan pekerja beragama Islam terpaksa membersihkannya, Ahli PArlimen Bintulu itu tampil hari ini menafikan perkara tersebut. Menurut Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau sebenarnya tidak ada masa untuk melayan fitnah tersebut. Namun, disebabkan ia tular, maka beliau perlu menjawabnya supaya orang ramai tidak terpedaya. Kata Tiong, kandungan mesej tersebut bukan sahaja palsu, tetapi juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang secara jelas bertujuan mencetuskan kebencian. Malah, ia turut mencemarkan imej pentadbiran negara. Mengulas lanjut, Tiong berkata beliau pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. "Saya juga pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. Sama ada makanan yang dibawa sendiri atau makanan yang dijamu ketika […]

trending_flat

Kapal dagang ditahan kerana bersauh secara haram

BATU PAHAT, 6 Januari 2024 - Sebuah kapal dagang telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Batu Pahat kerana bersauh secara haram di perairan Batu Pahat malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, kapal dagang yang berdaftar dari Majuro itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 9.30 malam di kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Tanjung Tohor setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika pemeriksaan. Kapal terbabit dikendalikan oleh 19 orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga Ukraine dan Filipina yang berumur diantara 27 hingga 53 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah. Kapal dagang itu membawa muatan beras import sebanyak 1,500 tan metrik yang dalam perjalanan dari negara China menuju ke Turkiye. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 […]

trending_flat

Kilang Proses Ubat Batuk Tiruan : 56 akaun berjumlah RM10.68 juta dibekukan, 2 premis disita – KPDN

PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan-bahan mentah serta botolbotol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, operasi bersepadu yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah hasil daripada aduan yang diterima serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KKM selama tiga (3) bulan sebelum serbuan. Kata Azman, hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 10,000 botol ubat batuk yang telah siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk di […]

trending_flat

Langkah Dubai : Ketidakstabilan politik beri kesan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat

Oleh Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Jika tindakan beberapa individu yang didakwa terdesak untuk menggulingkan kerajaan demi kepentingan politik peribadi itu benar-benar wujud, maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini sengaja mahu '𝐦𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐦𝐚𝐭𝐚' terhadap penguncupan ekonomi negara kesan daripada pelbagai perubahan politik negara sejak beberapa tahun lalu. 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐮𝐚𝐤-𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐝𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐨𝐤 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. Rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan tiada masa untuk melayan 'drama' politik negara. Semua ahli politik harus sedar bahawa pada ketika ini mereka mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membina semula imej dan mengembalikan kepercayaan pelabur asing terhadap negara. Oleh itu, '𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐛𝐚𝐢' 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥, 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧. Pemberita ketika bertanya […]

trending_flat

China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines tambah penerbangan ke/dari Malaysia

Satu berita baik bagi industri pelancongan telah diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing semalam iaitu dua syarikat penerbangan dari China (China Eastern Airlines dan anak syarikatnya Shanghai Airlines) telah mengesahkan akan meningkatkan penerbangan antara Malaysia - China 62 penerbangan mingguan dalam tempoh setahun. Menurut Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Kedua-dua syarikat penerbangan itu juga akan membuka lima lokasi berlepas baharu iaitu dari 𝐁𝐞𝐢𝐣𝐢𝐧𝐠, 𝐗𝐢'𝐚𝐧, 𝐔𝐫𝐮𝐦𝐪𝐢, 𝐍𝐚𝐧𝐣𝐢𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐦𝐢𝐧𝐠. Katalagi lagi, tiga destinasi baharu akan ditambah iaitu 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠. 𝐗𝐢'𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐫𝐮𝐦𝐪𝐢, khususnya, akan berfungsi sebagai hab utama yang menyasarkan pasaran Cina Muslim. "Mengikut statistik Shanghai Airlines, 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐯𝐢𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚, 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝟒𝟓 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫, 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation