trending_flat

PELAKSANAAN PROGRAM PENSIJILAN PERNIAGAAN MALAYSIA TOURISM EXCELLENCE (MATEX) DI SABAH

KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Negeri Sabah mengumumkan pelaksanaan Program Pensijilan Perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) di Negeri Sabah. Program yang julung kali dijalankan di Sabah ini telah berjaya memberikan pensijilan kepada sepuluh operator pelancongan yang menunjukkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pelancongan. Pengarah MPC Wilayah Sabah, Encik Edward Binty, menyatakan bahawa program pengiktirafan MaTEx bertujuan untuk meningkatkan standard industri pelancongan di Malaysia, khususnya di Sabah. Program ini menyediakan mekanisme kawal selia kendiri yang membolehkan operator pelancongan menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka. Pensijilan ini adalah langkah penting untuk memastikan pengalaman pelancong berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Operator yang menyertai program ini dan menerima pengiktirafan akan mendapat faedah seperti peningkatan imej dan reputasi serta sokongan daripada kerajaan dalam bentuk promosi dan bantuan pembangunan. Kejayaan memperoleh pengiktirafan di […]

trending_flat

Melakar harapan masa depan anak berkeperluan khas

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri, Mohammad Mafrukhin Mokhtar Setakat Januari 2023, Malaysia mempunyai seramai 637,537 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM). Walau bagaimanapun, daripada jumlah OKU berdaftar di negara ini, hampir 40% (235,7315 orang) dikategorikan sebagai OKU yang mempunyai masalah pembelajaran. Makna kata, empat daripada sepuluh anak OKU di Malaysia ini dikategorikan mempunyai masalah pembelajaran. Namun begitu, bukan semua ketidakupayaan boleh dilihat atau dicermati dengan mata kasar. Masalah pembelajaran juga sering dikaitkan dengan ketidakupayaan limunan (invisible disabilities) yang memberikan impak kepada hasil pendidikan dan kualiti kehidupan pelajar berkeperluan khas. Sebagai contoh, anak berkeperluan khas sering memerlukan pendidikan khusus yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Keperluan ini mungkin melibatkan pendaftaran dalam program pendidikan khas, mengupah tutor atau ahli terapi pertuturan dan carakerja atau mempertimbangkan pilihan persekolahan swasta yang lebih lengkap untuk memenuhi keperluan mereka. […]

trending_flat

Akuaponik di sekolah beri pendedahan awal pertanian bandar dan keterjaminan makanan

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Program Sains Kelestarian Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi Fakulti Sains, Universiti Malaya. Dr. Abd. Aziz Rekan Program Pendidikan Islam Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Konsep dan dasar keterjaminan makanan Keterjaminan makanan merupakan krisis global yang semakin menjadi perhatian, bukan sahaja di kalangan para penyelidik bahkan para pemimpin dunia. Krisis ini menjadi semakin mendesak apabila isu-isu seperti pertumbuhan populasi, perubahan iklim dan konflik perseteruan negara-negara pengeluar makanan yang tidak berkesudahan telah menjejaskan ekosistem dan bekalan makanan seantero dunia. Sebelum mengulas lanjut isu ini, kita perlu memahami terlebih dahulu definisi dan konsep keterjaminan makanan. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), keterjaminan makanan bermaksud akses kepada makanan yang mencukupi, selamat, dan berkhasiat bagi semua individu untuk menjalani kehidupan sihat dan aktif. Empat dimensi utama keterjaminan makanan termasuklah: 1) ketersediaan makanan, 2) akses […]

trending_flat

Ibrah dari Al-Quran untuk sistem penilaian murid di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz bin Rekan Penilaian merupakan elemen penting yang ditekankan dalam al-Quran kerana Allah SWT menilai setiap perbuatan manusia sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Proses ini bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dan keadilan Allah, tetapi juga menjadi panduan bagi manusia untuk memperbaiki diri dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik. Dalam konteks pendidikan, konsep penilaian amat relevan kerana ia bertujuan mengukur pencapaian murid secara menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian yang dirancang dengan teliti dan sistematik berupaya membantu murid mengembangkan potensi mereka sepenuhnya serta mencapai matlamat pendidikan yang lebih luas. Dalam al-Quran, istilah seperti al-hisab (perhitungan), al-bala (ujian), mumtahanah (pemeriksaan), fatanna (menguji), dan wazan (penimbangan) digunakan untuk menekankan konsep penilaian yang berasaskan ketepatan, integriti, dan ketelusan. Firman Allah SWT: " Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; […]

trending_flat

KAJIAN BAHARU TRAVELOKA DEDAH PERUBAHAN TREND PELANCONGAN DI ASIA-PASIFIK

·   Kajian melibatkan kira-kira 12,000 responden meliputi sembilan pasaran mendedahkan tabiat pelancongan baharu, dari pemilihan nilai harga sehinggalah ke pilihan pelancongan lebih hijau yang membentuk lanskap pelancongan masa hadapan Asia-Pasifik.·   Di Malaysia, 82% pengembara Malaysia cenderung kepada pilihan pelancongan lebih hijau, dengan catatan peratusan lebih tinggi berbanding purata rantau.  KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Dis (Bernama) -- Traveloka, platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara dengan kerjasama YouGov berkongsi mengenai dapatan kajian baharu mereka, “Travel Redefined: Understanding and Catering to the Diverse Needs of APAC Travellers”. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada respon daripada kira-kira 12,000 responden meliputi sembilan negara(1), dengan kira-kira 1,000 responden merupakan dari Malaysia. Kajian ini mendedahkan maklumat tabiat dan kecenderungan pelancongan yang semakin berkembang yang membentuk lanskap pelancongan di Asia Pasifik. Tambahan, kajian ini turut memberikan maklumat bersama tindakan yang boleh diambil dalam menjangkakan trend dan menghasilkan pengalaman pengembara yang bermakna buat tahun […]

trending_flat

TOPVISION MENYAMBUT PEMINDAHAN PENYENARAIAN DI PASARAN ACE BURSA MALAYSIA PADA 18.18% PREMIUMS.

Syarikat mengukuhkan kehadirannya di dalam pasaran Penjagaan Kesihatan Mata Di Seluruh Malaysia Dari Kiri ke Kanan: 1.Cik Lim May Wan, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION Berhad2.Cik Soong Yoke Voon, Ketua Pegawai Operasi, Pakar Mata TOPVISION Berhad3.Dr. Peter Chong Kuok Siong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION Berhad4.Encik Lee Geok Ai, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION Berhad5.Datuk Kenny Liew Hock Nean, Naib Pengerusi Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION Berhad6.Profesor Datin Dr. Angela Loo Voon Pei, Pakar Perunding Oftalmologi, Pakar Mata TOPVISION Berhad7.Cik Tan Mei Hui, Ketua Pegawai Kewangan, Pakar Mata TOPVISION Berhad8.En. Tan Kah Poh, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION Berhad KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER 2024 – TOPVISION Eye Specialist Berhad (“TOPVISION” atau “Syarikat”), pemain berpengalaman dalam perkhidmatan penjagaan mata perubatan di Malaysia, dengan bangganya menandakan pemindahan penyenaraian rasminya hari ini di Pasaran […]

trending_flat

Takaful bukan sekadar instrumen kewangan

Oleh: Mohd Khairi Ismail, Mohd Ishak Amri “Terawal 10 tahun lagi baik daripada terlambat 1 hari.” Ungkapan ini menggambarkan pentingnya memiliki pelan takaful sebagai perlindungan kewangan yang menyeluruh. Selepas pandemik COVID-19 pada 2020, kesedaran rakyat Malaysia terhadap takaful semakin meningkat. Pada tahun 2023, industri takaful mencatatkan pembayaran tuntutan sebanyak RM8.74 bilion bagi perlindungan Takaful Keluarga dan Takaful Am, mencerminkan peranan signifikan takaful dalam menyokong kehidupan masyarakat. Industri ini dijangka terus berkembang pesat dengan kadar penembusan takaful diunjurkan meningkat kepada 40 peratus menjelang 2027, berbanding hanya 20 peratus pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohd Redzuan Mohamed, menyatakan bahawa pemain industri sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan akses dan kesedaran takaful dalam kalangan masyarakat. Fokus utama adalah kepada golongan B40 dan M40, termasuk ibu bapa muda serta pekerja gig, yang kebanyakannya masih belum mendapat perlindungan kewangan. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation