Gangguan Bekalan Air Berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat
KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 9:00 pagi, 10 Oktober 2023 (Selasa). Menurut Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 10 Oktober 2023 (Selasa). "Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis). Para pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Tempoh masa gangguan dan pemulihan […]